Dapat 'job' hantar makanan jam 3.30 pagi, rider kesal dianiaya pelanggan
PELANGGAN sering meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap penghantar makanan atau rider di platform media sosial.
Kali ini situasinya berbeza apabila seorang penghantar makanan pula berasa kesal dengan pelanggan yang didakwa tidak bertanggungjawab terhadap makanan dipesan.
Pelanggan itu dipercayai membuat tempahan sekitar pukul 3 pagi, tetapi meninggalkan kediaman sebelum makanan sempat dihantar.
Menerusi perkongsian di media sosial, rider tersebut berkata pelanggan berkenaan menyukarkan tugasnya.
“Semoga dijauhkan dari orang macam ni! Pukul 3.30 pagi awak (pelanggan) buat (aniaya) orang,” tulisnya di Threads.

Rider ini turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan pelanggan berkenaan yang memberi alasan dirinya lewat tiba, menyebabkan di meninggalkan rumah.
Bagaimanapun, apabila rider memintanya supaya membatalkan pesanan, tiada respon diterima malah panggilan juga tidak dijawab.
Situasi ini menyebabkan urusan penghantaran terganggu apabila rider tidak dapat meneruskan tugasan seterusnya.
Dalam satu lagi hantaran, rider berkenaan merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang memberikan sokongan.
MENARIK DIBACA:Keliru antara Americano, latte, espresso? Ini maksud 10 istilah kopi antarabangsa dan versi Malaysia
MENARIK DIBACA:Balik dari luar negara, terkejut semua makanan 'dimaniskan'... Deria rasa orang Malaysia jadi bualan
“Terima kasih semua komen dan share. Saya tak sangka post ni naik sampai macam ni. Saya cuma nak orang faham nasib rider COD (cash on delivery).
“Kami masih sangkut masa tu, customer lain tengah tunggu. Terima kasih sebab faham rider. Saya post bukan nak minta simpati, cuma nak orang faham pukul 3 pagi kami masih atas motor, tapi kena macam ni.
“Thank you atas komen positif. Kami bersyukur masih ada faham,” kongsinya lagi.
Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, terutama mereka yang memahami kesukaran penghantar makanan menguruskan pesanan dalam tempoh yang ditetapkan.

"Orang macam ni penyebab pelanggan lain lambat dapat order. Kalau tau nak keluar pergi order dekat luar. Tak perlu order online, dah susahkan banyak orang. Kesian rider kena berdepan dengan orang macam ni.
"Abang hantar ke rumah dia, kemudian live chat customer service cakap customer tak dapat contact, live chat ambil masa 5 minit je dari isi borang pembatalan. Lepas cancel abang akan dapat duit dengan makanan dan customer akan kena block. Ingat kena sampai rumah customer baru boleh cancel sebab perlu bukti," antara komen netizen.
Sebagai penghantar makanan, setiap pesanan perlu diselesaikan sebaik mungkin walaupunterdapat pelanggan lain turut menunggu pesananmereka.
Sikap saling menghormati antara pelanggan dan rider penting bagi memastikan urusan penghantaran berjalan lancar tanpa menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak.