info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Trending

Pelanggan ‘gigit jari’ depan Rembayung, akaun Grab digantung sebab tempah guna ‘scalpers’

Lead Image

BERMACAM cara dilakukan semata-mata mahu menikmati hidangan di restoran Rembayung milik pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming (KA).

Terbaharu ada yang sanggup memberikan maklumat peribadi kepada pihak ketiga atau ‘scalper’ bagi membantu menguruskan tempahan meja menerusi aplikasi Grab.

Itulah apa yang dilakukan seorang pelanggan, namun tindakan tersebut makan dirinya sendiri apabila tempahan itu gagal dan lebih teruk akaun Grab miliknya digantung.

Menurut KA, hasil pemeriksaan mendapati pelanggan itu telah memberikan ID pengguna dan kata laluan kepada pihak ketiga untuk tujuan membuat tempahan bagi dirinya.

Perkongsian KA di laman Threads.

"Hari ni kita ada customer yang dah sampai kat depan Rembayung tapi tak dapat buka Grab sebab account suspended.

"Bila disiasat, dia dah bagi user ID dan ‘password’ kepada ‘scalpers’ untuk ‘booking’kan bagi pihak dia. 

"Bila akaun anda dilogin ke dalam phone strangers untuk buat booking, automatic akan dilabel suspicious activity dan Grab akan suspend account tersebut," katanya.

Dalam pada itu, KA turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan khidmat pihak ketiga untuk menguruskan tempahan.

Jelasnya, tindakan berkongsi maklumat log masuk dengan individu tidak dikenali berisiko berlaku kebocoran maklumat peribadi pengguna.

MENARIK DIBACA: Pergi Rembayung tak tempah 'seat' untuk bayi, pelanggan kecewa cara staf kendali situasi

MENARIK DIBACA: Asyik gagal 'battle', slot Rembayung disyaki dikaut 'scalpers'! Ada yang dah tawar hati, merajuk dengan sistem

"Please jangan bagi login details anda kepada strangers. Alamat rumah, purchase history, banking details, semua data anda ada kat dalam tu," katanya.

Dalam ruangan komen pula, KA turut memaklumkan bahawa individu tersebut tidak dibenarkan masuk ke premis susulan insiden berkenaan.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai, termasuk laman rasmi Grab Malaysia yang turut memberikan menjelaskan penggantungan akaun dibuat bertujuan melindungi maklumat peribadi pengguna.

"Setuju dengan pesanan @khairulaming terima kasih atas peringatan. Untuk keselamatan anda, sistem Grab akan mengesan login dari peranti asing sebagai aktiviti mencurigakan (suspicious activity).

"Dan menggantung akaun secara automatik demi melindungi baki e-wallet, kad bank, dan alamat peribadi anda daripada disalahgunakan. 

Komen netizen di laman Threads.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial turut bersetuju dengan pesanan yang diberikan oleh usahawan berkenaan.

"Demi sesuap ikan jenahak, rela bagi data peribadi.

"Lepas itu sekejap lagi dia salahkan Grab, salahkan bank, salahkan Bank Negara, salahkan Anwar Ibrahim bila kena hack. Semua salah kecuali diri sendiri.

"Mesti KA fikir, baik aku buat status dulu sebelum orang tu merentan dekat Threads." antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Kerepek rangup, goreng guna wap raih anugerah emas di pameran inovasi makanan dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Balik dari luar negara, terkejut semua makanan 'dimaniskan'... Deria rasa orang Malaysia jadi bualan

Terhangat