Panik ketam dibeli masih hidup, merayau di dapur! Netizen suruh 'tikam' sebelum masak
SEORANG wanita terkejut melihat ketam dibelinya menerusi siaran langsung di TikTok masih hidup sebaik sahaja dihantar di rumah.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan memberitahu ketam yang dibeli dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran.
Dia sama sekali tidak menjangkakan situasi itu kerana kebiasaannya dia membeli ketam yang sudah mati.

Buntu memikirkan cara untuk mengendalikan haiwan ini, dia meminta bantuan orang ramai bagi mengetahui cara mematikan ketam sebelum dimasak.
“Tadi beli ketam dalam live TikTok, Lalamove terus dapat. Sekali sampai ketam masih hidup. Help! Macam mana nak matikan ketam biasanya beli ketam mati,” kongsinya di Threads.
Dalam satu lagi hantaran, dia memuat naik video menunjukkan ketam berkenaan sedang berjalan sebagai bukti ia masih hidup ketika diterima.
MENARIK DIBACA: Kecoh deodoran haruman 'chicken nugget' di pasaran - "Ada orang akan bau ayam sepanjang hari"
MENARIK DIBACA: Banyak khasiat minum air rebusan daun kari, mampu rawat buasir dan cegah bau badan... Tambah halia lagi umphh!
“Bukti ketam masih hidup, but memang dapat ketam fresh tau!” tulisnya.
Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi netizen malah ada berkongsi tip mengendalikan ketam hidup, termasuk cara mengelakkan tangan daripada terkena sepit haiwan berkenaan.
“Senang nak handle ketam, kalau saya risau kena kepit juga saya guna kain balut tangan, pegang terus lepas tu terbalikkan ketam. Tusuk bahagian segi tiga dan ketam akan mati.

“Terbalikkan ketam, pakai penyepit, cucuk tempat ditanda ini guna pisau. Thanks me later.
“Rendam dalam air garam biar mata ketam tu pedih, dah lama sangat mata dia pedih dia akan mati dengan sendiri.
"Kalau ibu saya dia letak dalam peti sejuk," antara komen netizen.
Bagi individu tidak biasa mengendalikan ketam hidup, sebaiknya dapatkan panduan daripada penjual makanan laut atau individu berpengalaman mengenai kaedah selamat sebelum memasaknya.
Berikut panduan ingkas mengendalikan ketam hidup sebelum dimasak:
1. Jangan buka ikatan penyepit
Jika penyepit ketam sudah diikat dengan getah atau tali, biarkan sahaja.
Jangan buka ikatan sebelum atau semasa mengendalikan ketam.
2. Gunakan penyepit atau sarung tangan tebal
Gunakan penyepit dapur panjang.
Jika perlu mengalihkannya, pegang bahagian belakang cengkerang menggunakan alat yang sesuai.
Jauhkan jari daripada bahagian penyepit dan kaki.
3. Jangan masukkan ketam hidup terus ke dalam air panas tanpa kawalan.
Untuk keselamatan, jangan cuba memasukkannya menggunakan tangan. Gunakan bakul pengukus atau alat pemegang yang sesuai.