KUALI | Nutrisi

Sourdough pilihan baik buat pesakit diabetes, bantu lancar pencernaan

Lead Image

ROTI sourdough menjadi kegemaran dalam kalangan peminat makanan sihat dan berkhasiat. 

Berbeza dengan roti dibuat di kilang, sourdough dihasilkan melalui proses penapaian semula jadi tanpa tambahan yis segera. 

Menurut portal Health, proses inilah menjadikan sourdough memiliki kebaikan dari segi kesihatan jika dimakan secara berkala.

Mengandungi kadar rendah sebatian yang boleh ganggu pencernaan.

1. Melancarkan pencernaan

Proses penapaian semula jadi memecahkan gluten yang sukar dihadam dalam gandum, barli, dan gandum hitam.

Mengandungi kadar rendah sebatian yang boleh ganggu pencernaan seperti FODMAP, fitat, tanin, dan inhibitor tripsin.

Kajian 2023 menunjukkan peningkatan keselesaan penghadaman bagi individu yang beralih dari roti yis biasa ke sourdough.

Indeks glisemik sourdough juga lebih rendah berbanding roti gandum.

2. Mengawal gula dalam darah

Fermentasi menghasilkan asid organic misalnya asid laktik dan asid asetat yang melambatkan penyerapan kanji.

Glukosa dilepaskan ke dalam darah secara berperingkat, mengurangkan lonjakan gula selepas makan.

MENARIK DIBACA: Kepala hampir botak akibat rambut gugur, 2 bahan ini kembalikan keyakinan anda

MENARIK DIBACA: Rebus dengan daun salam, cara hilangkan bau hamis hati lembu

Indeks glisemik sourdough juga lebih rendah (54) jika dibandingkan dengan roti gandum putih (71).

Sourdough membantu penyerapan nutrient.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien

Selain itu, fermentasi membantu memecahkan fitat dan anti-nutrien lain dalam gandum penuh.

Cara ini membolehkan penyerapan mineral penting seperti zat besi, kalsium, dan magnesium lebih optimum.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Elok makan telur kalau kena bisul, bukan penyebab jangkitan lambat sembuh

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Mudah, selamat dan berkesan... Jus 3 bahan ini bantu atasi perut buncit

Terhangat