Staf kedai Thai 'spill' resipi ayam goreng basil, menu paling laku keras
MENU ini nampak seperti ayam goreng biasa tapi ia lebih istimewa kerana digoreng menggunakan daun selasih.
Hidangan yang cukup ringkas ini sebenarnya mempunyai aroma tersendiri yang boleh menaikkan selera sesiapa sahaja.
Menurut pengguna Threads @mieyamaya, resipi perkongsiannya ini merupakan menu paling laris dan menjadi kegemaran kebanyakan pelanggan di restoran Thailand.
"Masa aku kerja restoran Thai dulu, menu ni paling laku eh. Dalam ranking top 5 menu setiap bulan.
"Orang ingat ayam goreng biasa, but no, this is Thai version," katanya.

Bahan-bahan
- 10 ketul kepak ayam (asingkan bahagian drumette dan mid-wing)
- 1 sudu lada putih
- 1 sudu gula
- 4 sudu sos ikan
- 1 sudu perasa cendawan
- 3 helai daun pandan
- 2 sudu besar tepung jagung
- Daun selasih secukupnya
MENARIK DIBACA: Perap guna susu rahsia ayam goreng rangup, isi berjus ala restoran 'fast food'
MENARIK DIBACA: 'Trik' ayam goreng sedap maksimum... Perap ringkas, tambah bawang putih ketuk
Cara penyediaan
- Masukkan kepak ayam bersama lada putih, gula, sos ikan, perasa cendawan, daun pandan dan tepung jagung ke dalam bekas.
- Gaul sehingga semua bahan sebati dan perap selama 30 minit hingga satu jam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam menggunakan api sederhana sehingga berwarna keemasan.
- Kira-kira lima minit sebelum ayam diangkat, masukkan daun selasih ke dalam minyak gorengan.
- Apabila daun selasih sudah rangup, angkat ayam bersama daun tersebut.
- Toskan minyak dan sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.
