Petua guna cili kering tak 'jalan'? Ini 6 cara lain halau kutu beras
MASALAH beras yang dipenuhi kutu pasti mengundang rasa kurang senang, apatah lagi apabila stok beras masih banyak.
Bagi mengatasi masalah ini, antara petua popular yang sering dikongsikan adalah meletakkan cili kering dalam bekas simpanan beras.
Bagaimanapun petua ini mungkin tidak berkesan untuk semua, membuatkan ada yang buntu memikirkan cara lain bagi menghalau serangga berkenaan.
Seorang wanita menerusi satu hantaran di Facebook meminta pandangan orang ramai mengenai cara mengatasi masalah ini.
"Ada petua tak? Beras baru buka banyak betul kutu beras ni?" tulisnya.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak lokek berkongsi petua masing-masing bagi menghalau kutu beras.
Antara cadangan yang diberikan termasuklah meletakkan cili kering, kulit kayu manis dan juga bunga cengkih.
"Letak kulit kayu manis dalam beras tu. Selamat mencuba.
MENARIK DIBACA: Mana satu bagus? Ini 4 jenis susu mengikut 'ranking', dari biasa hingga terbaik
MENARIK DIBACA: Aroma cengkih di rumah cukup menenangkan, tak perlu lagi bakhoor mahal
"Saya hari tu letak bunga cengkih tapi tak ada la banyak macam ni kutu beras saya kena," antara komen warganet.
Ada juga yang mencadangkan penggunaan bawang putih yang ditumbuk untuk menghalau serangga tersebut.
"Bawang putih tumbuk letak dalam tong beras kutu cepat lari," komennya.

Beberapa netizen turut berkongsi petua menggunakan daun semambu dan daun pandan yang dipercayai tidak digemari kutu beras kerana baunya.
"Saya kongsi satu petua masa simpan beras ke dalam tong. Guna daun semambu (untuk merawat demam campak tu) ambik 10 pelepah daun semambu tu dan ikat dengan getah.
"Letak ikatan tu dalam tong beras. Nanti kutu-kutu tu tak masuk dalam tong tu sebab tak suka baunya.
"Letak pandan atau lada kering," demikian antara perkongsian netizen.
Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya beras dijemur di bawah cahaya matahari bagi menghalau serangga berkenaan.
"Jemur. Lari lintang-pukang semua tu. Letak apa pun yang orang semua cakap tu tetap juga ada kutu," komen seorang lagi netizen.