Ibu hamil minum pati Sunquick, percaya cara mudah bantu naikkan Hb
BAGI ibu hamil, bacaan hemoglobin (Hb) antara perkara sering diberi perhatian setiap kali menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan (KK).
Menurut perkongsian seorang individu, amalan minum pati jambu batu merah sebelum menjalani pemeriksaan dkatakan membantu untuk bacaan Hb berada pada tahap baik.
“Sebelum nak checkup kat KK minum air ni dulu biar bacaan Hb tu cantik. Thanks me later,” tulisnya ringkas di Threads.

Menerusi hantaran susulan, dia turut menjelaskan bahawa vitamin C terkandung dalam jambu batu mampu membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih baik.
Selain itu, dia juga berkongsi cara mudah untuk mendapatkan vitamin berkenaan, hanya dengan menikmati secawan air kosong yang dicampur pati Sunquick Jambu Merah dan Strawberi.
MENARIK DIBACA: Peniaga kongsi ramuan buat serbuk perasa, sesuai untuk pelbagai jenis masakan
MENARIK DIBACA: Wanita risau keracunan makanan di Indonesia, netizen kongsi tip bermula dari pesawat mendarat
“Korang tahu tak? Vitamin C dalam jambu batu boleh bantu badan serap zat besi dengan lebih baik.
"Sekarang tak payah susah-susah dah. Bancuh je ni (pati Sunquick) dengan air kosong terus boleh minum. Senang betul nak amalkan hari-hari,” kongsinya lagi.
Di ruangan komen, dia memberitahu bahawa minuman berkenaan sudah mempunyai rasa manis tersendiri, justeru tidak memerlukan tambahan gula.
Menurutnya, dua sudu pati sudah memadai untuk menghasilkan bancuhan dengan kepekatan yang sesuai.
Hantaran tersebut menarik perhatian warga maya yang turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam usaha meningkatkan bacaan Hb, khususnya ketika hamil.
"Betul saya minum air ni dengan ubat tambah darah, memang Hb maintain.
"Saya beli jus ni, Hb naik cantik.

"Dari awal kehamilan sampai dah keluar baby saya tak jumpa lagi air ni kat kedai. Ramai sangat orang mengandung borong ke?" antara komen netizen.
Vitamin C sememangnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan berasaskan tumbuhan.
Jambu batu boleh menjadi salah satu pilihan buah yang dapat membekalkan vitamin tersebut.
Pengambilan makanan kaya zat besi seperti daging, sayuran hijau dan kekacang juga penting untuk menyokong pembentukan hemoglobin.