Peniaga kongsi ramuan buat serbuk perasa, sesuai untuk pelbagai jenis masakan
KADANG-kadang rasa sedap sesuatu hidangan tidak hanya bergantung kepada bahan utama, sebaliknya rahsia kesedapan mungkin terletak pada 'seasoning' digunakan.
Bagi yang sering tertanya-tanya bagaimana kedai makan menghasilkan hidangan cukup rasa dan menyelerakan, campuran bahan perasa tertentu berkemungkinan besar menjadi antara rahsianya.
Bagaimanapun, tidak semua orang tahu ramuan yang digunakan oleh peniaga untuk menghasilkan ‘seasoning’ sendiri.
Seorang lelaki di Threads mencuri perhatian ramai selepas berkongsi cara pembuatan ‘seasoning’ yang digunakan di kedainya.
Menurutnya, resipi tersebut boleh digunakan untuk memasak di rumah atau berniaga, selain sesuai digunakan bagi pelbagai jenis hidangan.
"Tak apalah tak dapat 100 ‘like’ dan ‘share’. Aku ‘reveal’ 'seasoning' kedai aku ya. Korang pakailah nak makan atau berniaga,” tulisnya.
Tambahnya lagi, seasoning ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan.
"Bahan perasa ni korang boleh pakai untuk macam-macam benda. Macam di kedai aku ni memang digunakan untuk perapanlah.
"Bila korang campur ia jadi seakan rasa umami disebabkan oleh 'mixed herb' tu.
"Semoga post ni bermanfaat untuk korang ya. Doakan kedai aku laris manis dan berjaya ya," tulisnya.

Bahan-bahan
- 500 gram garam
- 1 kilogram gula
- 500 gram stok ayam
- 300 gram lada hitam dan lada putih
- 300 gram herba campuran
MENARIK DIBACA: 'Resign' kerja bank demi buka kafe, usahawan berjaya bangkit lepas 2 kali hampir bankrap
MENARIK DIBACA: Beli mahal, sayang jika buang kulit udang! Boleh buat serbuk perasa, banyak manfaat lain
Cara penyediaan
- Kisar garam, gula, stok ayam, lada dan herba campuran sehingga menjadi serbuk.
- Kemudian campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
- Simpan di dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan bahan perasa berketul disebabkan kandungan garam dan stok ayam.