Asam keping bantu cili kisar tahan lama dalam peti sejuk, bahaya cuma buang kulat!
PERASAN tak, cili kisar yang disimpan dalam peti sejuk kadang-kadang akan 'naik' bulu putih atau nampak seperti kulat selepas beberapa hari.
Bila nampak bahagian atas sudah berubah, ramai yang terus cedok dan buang bahagian tersebut.
Maklumlah bahagian bawah masih nampak elok dan rasa sayang pula nak buang kesemuanya.
Bagaimanapun, bukan bahagian yang nampak berkulat sahaja perlu dibimbangkan.

Akar halus kulat boleh merebak lebih jauh ke dalam makanan walaupun kelihatan masih elok.
Jadi, mencelup dan membuang bahagian atas sahaja tidak semestinya menjadikan cili kisar itu selamat untuk dimakan.
Sebab itulah, cara menyediakan dan menyimpan cili kisar penting untuk membantu ia tahan lebih lama.
Salah satu petua yang boleh dicuba adalah dengan memasukkan asam keping ketika merebus cili.
MENARIK DIBACA: Banyak punca cili kisar cepat rosak, Kak KM kongsi teknik betul penyimpanan
MENARIK DIBACA: Kisar cili dengan minyak masak bukan sekadar tahan lama, petua orang dulu-dulu banyak manfaatnya
Menerusi perkongsian pengguna TikTok @petuadapurmak, asam keping akan membantu menjadikan cili lebih berasid yang membuatkan persekitaran kurang sesuai untuk sesetengah mikroorganisma membiak.
Selain itu, elak masukkan air terlalu banyak ketika mengisar cili, sebaliknya gunakan minyak secukupnya.
Nak lebih mudah dan praktikal, asingkan cili kisar mengikut sukatan ke dalam beberapa bekas kecil.
Setiap kali nak memasak, keluarkan satu bekas sahaja dan terus habiskan manakala baki yang belum digunakan boleh disimpan dalam bahagian sejuk beku.