info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Perah lemon dan letak garam bantu nasi tahan lama, tak cepat basi

Lead Image

MEMANG kecewa apabila nasi yang dimasak pada waktu pagi mula berair, berbau masam atau basi menjelang malam. 

Lebih-lebih lagi apabila baki nasi masih banyak, sekali gus membuatkan kita berasa berlaku pembaziran.

Bagi mengelakkan berlakunya situasi ini, ada petua yang dikatakan membantu nasi tahan lebih lama, iaitu dengan menambahkan beberapa titis jus lemon atau cuka ketika menyukat air beras.

 

Nasi basi terpaksa dibuang walaupun membazir.

Berikut merupakan petua seperti yang dikongsikan Kak Wani.Tips Dapur Jimat Masa di TikTok.

  1. Sebelum memasak nasi, basuh beras seperti biasa
  2. Kemudian, titiskan sedikit jus lemon atau cuka ke dalam air beras bersama secubit garam sebelum nasi dimasak seperti biasa.
  3. Menurut petua yang dikongsikan, perahan jus lemon dan garam tidak akan menyebabkan nasi terasa masam atau masin.
  4. Hasilnya, nasi yang dimasak bukan sahaja cantik dan berderai, malah tahan lebih lama sehingga dua hari.

Kandungan asid sitrik dalam jus lemon akan menurunkan tahap pH nasi dan secara tidak langsung menghalang pembiakan bakteria seperti Bacillus cereus yang menyebabkan nasi basi.

MENARIK DIBACA: Penjual nasi lemak kedekut, hanya 'berlakon' cedok lebih hakikatnya cuma beberapa butir

MENARIK DIBACA: Teruja jumpa nasi lemak bungkus 'ikat penuh', rupanya orang dulu-dulu dah lama buat!

Selain itu, asid daripada lemon turut membantu memecah lebihan kanji pada permukaan beras dan membuatkan butiran nasi menjadi lebih berderai serta kelihatan lebih putih.

Cara menyimpan nasi selepas dimasak juga memainkan peranan penting dalam memastikan nasi tidak cepat rosak.

Nasi yang dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama boleh menjadi tempat pembiakan selepas dimasak dan menghasilkan toksin dalam keadaan tertentu.

Simpan nasi sisa dalam peti sejuk pada suhu empat darjah Celsius.

Oleh itu, nasi yang telah dimasak sebaik-baiknya tidak dibiarkan pada suhu bilik melebihi dua jam. 

Bagaimanapun, jika suhu persekitaran melebihi 32 darjah Celsius, tempoh nasi yang patut dibiarkan pada suhu bilik menjadi lebih singkat iaitu satu jam.

Nasi yang disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 4 darjah Celsius atau lebih rendah lazimnya boleh bertahan selama tiga hingga empat hari, tetapi perlu dipanaskan semula dengan sempurna sebelum dimakan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Asam keping bantu cili kisar tahan lama dalam peti sejuk, bahaya cuma buang kulat!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Tip ikan beku lembut dalam masa 15 minit, tak perlu keluarkan awal dari peti ais

Terhangat