Staf F&B masuk tandas pakai apron, terus geli nak makan
APRON yang dipakai ketika menyediakan makanan sepatutnya dijaga kebersihannya.
Tindakan membawanya masuk ke tandas bagaimanapun boleh mengundang pencemaran.
Perkara itu dibangkitkan seorang wanita menerusi Threads selepas mendakwa melihat staf makan dan minuman (F&B) memasuki tandas di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur tanpa menanggalkan apron.
Situasi itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai mengenai tahap kebersihan yang sepatutnya diutamakan oleh pekerja ketika mengendalikan makanan dan minuman.
“Kat tandas pusat beli belah. Eh boleh tak bos F&B haramkan staf keluar dari premis pakai apron? Seriously aku tunggu dia keluar dari toilet dan dia masih pakai apron. Jadi dia kencing sambil pakai apron ah lepas tu handle food?” tulis wanita berkenaan.

Di ruangan komen, hantaran itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing melihat situasi serupa di premis makanan.
Seorang warganet mendakwa pekerja F&B sepatutnya menanggalkan apron sebelum memasuki tandas bagi menjaga kebersihan ketika mengendalikan makanan.
“Kalau ikutkan prosedur F&B memang tak boleh bawa apron dalam tandas. Kena tanggalkan dulu tinggalkan dekat kitchen baru boleh masuk tandas. Boleh lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kongsinya.
MENARIK DIBACA: Masak 10kg udang butter habis licin! Wanita kongsi resipi, tip isi kekal 'juicy'
MENARIK DIBACA: Daun bawang dah 4 hari potong masih segar! Cef kongsi tip elak potongan sayur cepat layu
Beberapa lagi netizen turut berkongsi pengalaman menegur pekerja sebuah rangkaian kedai minuman selepas melihat dua staf memasuki tandas memakai apron.
“Eh saya pernah tegur staf premis minuman ni, dua orang masuk tandas dengan apron. Saya hanya tanya boleh ke pakai apron masuk tandas, prosedur bagi ke?.
“Dah lama perasan dah ada staf F&B pergi tandas dengan apron. Bukan kat 'mall' ni je kadang tengok kat 'mall' lain ada je. Rasa geli nak pergi makan kedai tu bila nampak staf pergi tandas dengan apron,” komen beberapa warga maya.

Seorang lagi netizen pula berpendapat isu kebersihan seperti itu perlu diberikan perhatian serius oleh pengusaha premis makanan.
"Oh my god. Ini buat saya skeptikal untuk makan di luar. Masyarakat kena tularkan isu begini supaya kedai-kedai lebih peka prosedur. Jika tidak, boikot,” luahnya.
Terdapat juga netizen lain mendakwa pernah melihat pekerja yang terus kembali bertugas tanpa membasuh tangan selepas menggunakan tandas.
“Yang lagi teruk aku pernah nampak staf keluar tandas tak basuh tangan langsung.
“Lelaki warga asing kerja F&B keluar tandas tak basuh tangan ye. Yang kencing kat urinal pun terus masuk kerja balik tak singgah kat singki pun. Yang berak pun sama saya tak tipu,” komen netizen lagi.