Tak menyesal cuba resipi nasi ayam 'roasted' Che Nom, nampak susah sebenarnya mudah!
NAK hasilkan nasi ayam 'roasted' yang sedap tidaklahsemudah disangka.
Bukan sekadar perlu menyediakan ayam dan nasi beraroma, sup, sos cili dan kuah kicap seimbang rasa juga memainkan peranan penting dalam menyempurnakan sajian ini.
Paling mudah tentunya beli di kedai, tetapi ada kalanya rasa tidak menepati selera atau cita rasa pula.
Jika ada masa terluang, apa kata cuba buat nasi ayam roasted resipi pempengaruh masakan, Che Nom ini.
Ayamnya dipanggang hingga keemasan dengan kulit berkilat dan sedikit rangup, manakala isinya kekal lembut serta berjus.
Memang padu dipadankan dengan nasi ayam harum, supserta sos cili pedas masam.
Berikut resipinasi ayam 'roasted' perkongsian Che Nom yang anda boleh hasilkan sendiri di rumah:-

Bahan-bahan
Bahan perap ayam
- 1 ekor ayam (1.5 hingga 1.8kg)
- 1 hingga 1 1/2 sudu teh garam
- 1/2 hingga 1 sudu teh lada putih
- 1 inci halia, tumbuk kasar
- 4 ulas bawang putih, tumbuk kasar
Bahan sos likat
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 1/2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 1/2 sudu besar madu atau 1 sudu besar gula perang
- 1 1/2 sudu besar jus limau nipis atau cuka
- 2 sudu besar madu tambahan
- 1 sudu besar minyak
Bahan sup
- Tulang atau rangka ayam
- 1 inci halia, tumbuk kasar
- 4 ulas bawang putih, tumbuk kasar
- 2 liter air
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit lada putih atau lada sulah
- Garam secukup rasa
- Daun sup atau daun bawang
Bahan nasi ayam
- 3 cawan beras Jasmine
- 4.2 hingga 4.5 cawan stok ayam atau air
- 4 ulas bawang putih, tumbuk kasar
- 1 inci halia, tumbuk kasar
- 1 helai daun pandan
- 3 sudu besar mentega
- 3 sudu besar minyak masak (jika perlu)
- 1 kiub pati ayam
- 1 hingga 1 1/2 sudu teh garam
Bahan sos cili
- 5 biji cili merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 4 hingga 5 biji cili padi (pilihan)
- 1/4 cawan jus limau nipis
- 1 hingga 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 cawan stok ayam
Bahan kuah kicap
- 1/4 cawan kicap cair
- 2 sudu besar kicap manis
- 1/2 cawan stok ayam
- 1 sudu teh minyak bijan
MENARIK DIBACA:Resipi nasi ayam Hainan paling mudah! Sedap tak kalah macam makan dekat kedai
MENARIK DIBACA:'Homemade' ayam pop sama enak macam Pagi Sore, dah tak perlu terbang ke Jakarta
Cara penyediaan
Perap ayam
- Cuci dan lap ayam hingga betul-betul kering supaya perapan melekat dengan baik.
- Lumurkan garam dan lada putih pada seluruh ayam.
- Gaulkan bahan sos likat ayam, kemudian salut pada ayam bersama halia dan bawang putih tumbuk.
- Perap sekurang-kurangnya empat jam atau semalaman untuk rasa lebih meresap.
Sediakan stok dan sup ayam
- Tumis bawang putih serta halia hingga naik bau.
- Masukkan tulang ayam dan kacau seketika.
- Tuang air, masukkan kiub pati ayam, lada putih dan garam.
- Reneh kira-kira 30 minit, kemudian tapis stok.
- Simpan stok untuk masak nasi, sos cili dan kuah kicap.
Masak nasi ayam
- Tumis bawang putih dan halia dengan mentega hingga wangi.
- Masukkan daun pandan dan beras, gaul sehingga setiap butir beras bersalut tumisan.
- Tuang stok ayam, masukkan kiub pati ayam dan garam.
- Masak dalam periuk nasi seperti biasa dan gemburkan selepas masak.
Panggang ayam roasted
- Panaskan oven pada suhu 180°C hingga 190°C.
- Panggang ayam selama 45 minit hingga satu jam, bergantung padasaiz.
- Masak baki perapan sehingga sedikit pekat untuk dijadikan 'glaze'.
- Sapu 'glaze' selepas 20 minit memanggang dan ulang sekali lagi jika mahu warna lebih cantik.
- Apabila ayam keemasan dan masak sepenuhnya, sapukan campuran madu dan minyak.
- Rehatkan ayam beberapa minit sebelum dipotong supaya isi kekal berjus.
Sediakan sos cili
- Kisar cili merah, bawang putih, halia, gula, garam, jus limau dan sedikit stok ayam.
- Masak seketika hingga mendidih ringan dan laraskan kepekatan mengikut citarasa.
Buat kuah kicap
- Satukan semua bahan kuah kicap.
- Kacau rata dan panaskan seketika jika suka.