Ingatkan susah! Senang betul tengok ‘Anna whats cooking’ buat telur masin
JARANG kita dengar ada orang buat telur masin sendiri dan biasanya hanya akan beli di pasar.
Sebenarnya proses membuat sendiri telur masin tidaklah sesukar disangka malah cukup senang.
Hanya perlukan dua bahan asas sahaja iaitu garam dan cuka sudah boleh buat telur masin sendiri di rumah.
Pempengaruh masakan Anna Ayuda atau ‘Anna whats cooking’ berkongsi tip ringkas pada mereka yang ingin membuat telur masin tanpa menggunakan banyak bahan.

Jom ikuti tip mudah hasilkan telur masin sendiri sedap, bersih dan terjamin kualitinya. Janji puas hati bila dapat buat sendiri!
Cara penyediaan:
1. Mulakan dengan merebus air dalam periuk. Kemudian tuangkan setengah cawan garam dan biarkan mendidih.
2. Rehatkan seketika rebusan air dengan garam tadi.
3. Sementara itu, cuci telur itik sehingga bersih.

MENARIK DIBACA: Rajin-rajin makan bayam dan ubi keledek, mampu atasi masalah rambut gugur
MENARIK DIBACA: Rendam dalam air limau nipis cara mudah kupas kulit udang, jari pun tak sakit!
4. Masukkan telur berkenaan dalam balang kaca, lalu tuang air rebusan garam dingin tadi sehingga menutupi permukaan telur.
5. Tambah sedikit cuka putih untuk mempercepat proses garam meresap ke dalam telur itik.
6. Alas penutup balang kaca menggunakan kertas pembakar kuih.
7. Simpan dalam tempat gelap selama dua minggu dan lihat sendiri hasilnya.
Tip lain untuk dapatkan hasil telur masin sempurna, masin sekata dan tahan lama adalah dengan menggunakan telur itik segar.
Pada masa sama, nisbah bancuhan antara garam dan air perlu tepat untuk dapatkan hasil sekata. Juga, pastikan jumlah air dalam baling menutup permukaan telur itik sepenuhnya.
Gunakan balang kaca kerana bekas ini tidak menghasilkan bau mahupun serap rasa.
Akhir sekali, elak daripada peram telur lebih dari tiga minggu kerana khuatir tekstur berubah.