KUALI | Nutrisi

Rajin-rajin makan bayam dan ubi keledek, mampu atasi masalah rambut gugur

Lead Image

RAMBUT yang sihat bukan sahaja mencerminkan penampilan menarik malah ia juga tanda badan mendapat nutrien mencukupi.

Masalah rambut gugur bukan sahaja mencacatkan penampilan tetapi menjadi tanda kepada tahap kesihatan seseorang. 

Selain rawatan di salon, pemakanan seimbang juga memainkan peranan penting bagi menguatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhannnya.

Nak tahu apa 5 makanan terbaik untuk dapatkan rambut cantik dan atasi rambut gugur, jom Kuali senaraikan di bawah;

Telur mengandungi vitamin B penting untuk pertumbuhan rambut.

1. Telur 

Telur antara makanan paling lengkap untuk kesihatan rambut yang kaya dengan protein.

Komponen utama rambut iaitu protein dan biotin adalah sejenis vitamin B yang penting untuk pertumbuhan rambut. 

MENARIK DIBACA:  Ada beza cendol Malaysia dan Thailand, campuran air kelapa muda beri kelainan

MENARIK DIBACA: Sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng, kena cuba resipi rasam

Kekurangan biotin sering dikaitkan dengan rambut gugur dan rambut rapuh.

Anda boleh amalkan telur rebus atau telur separuh masak sebagai sarapan sihat setiap hari.

Sayur-sayuran hijau mengandungi zat besi yang membantu menguatkan akar rambut.

2. Bayam 

Sayur-sayuran hijau seperti bayam mengandungi zat besi, folat serta vitamin A dan C yang membantu menguatkan akar rambut. 

Zat besi penting untuk membawa oksigen ke folikel rambut manakala vitamin A pula membantu kulit kepala menghasilkan minyak semula jadi iaitu sebum membantu mengekalkan kelembapan rambut.

Anda boleh campurkan bayam dalam sup, jus hijau atau salad harian.

Salmon mempunyai omega-3 tinggi membantu merangsang pertumbuhan rambut baru.

3. Ikan 

Ikan seperti salmon, tenggiri dan sardin merupakan sumber asid lemak omega-3 yang tinggi. 

Omega-3 membantu mengurangkan keradangan pada kulit kepala, memperbaiki tekstur rambut serta merangsang pertumbuhan rambut baru. 

Vitamin D pula dikaitkan dengan pembentukan folikel rambut baru.

Anda boleh ambilkan ikan berlemak sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk hasil yang optimum.

Kandungan zink dalam badam membantu memperbaiki tisu rambut rosak,

4. Kacang dan biji-bijian 

Kacang seperti badam, walnut serta biji chia dan biji labu membekalkan zink, selenium dan vitamin E yang penting untuk kesihatan kulit kepala. 

Zink membantu memperbaiki tisu rambut rosak sementara vitamin E bertindak sebagai antioksidan yang melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Jadikan segenggam kacang campuran sebagai snek sihat setiap hari.

Kandungan vitamin A dalam ubi keledek membantu merangsang sebum kulit kepala.

5. Ubi keledek 

Ubi keledek mengandungi beta-karotena yang ditukar kepada vitamin A dalam tubuh. 

Vitamin A membantu menghasilkan sebum, minyak semula jadi yang mengekalkan kelembapan dan kekuatan rambut. 

Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kulit kepala kering dan rambut mudah gugur.

Nikmati ubi keledek bakar atau rebus sebagai pengganti nasi atau snek petang.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Bukan sekadar sedap dibuat jus, buah delima agen penghasil kolagen wajah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Biji labu sumber tenaga dan 'snek' kesuburan semula jadi kaum lelaki

Terhangat