Ada beza cendol Malaysia dan Thailand, campuran air kelapa muda beri kelainan
SIAPA yang tak suka cendol, kan? Pencuci mulut ini bukan sahaja popular di Malaysia tetapi sudah menjadi juadah Nusantara.
Maka tidak hairan ada pelbagai versi cendol yang menyegarkan dan sesuai diminum ketika cuaca panas.
Kalau ke negara jiran, memang kena cuba cendol Thailand iaitu lod chong Thai yang terkenal dengan rasa lemak, manis.

Cendol hijau lembut kenyal disirami santan pekat beraroma pandan dan manisan gula melaka Thai harum membuatkan siapa sahaja jadi ketagih.
Ada sedikit perbezaan di antara cendol di Malaysia dan kalau rajin boleh cuba resipi ini di rumah.
MENARIK DIBACA: Kapal cruise patuh syariah pertama di Malaysia beroperasi 29 Nov, saji hidangan halal bertaraf 5 bintang
MENARIK DIBACA: Rangup di luar, lembut di dalam... Ini rahsia ikan celup tepung sedap macam dekat Terengganu
Bahan-bahan
Bahan cendol
- 100g tepung beras
- 30g tepung ubi
- 200ml air daun pandan
- ½ sudu teh kapur sirih
- Sedikit pewarna hijau
- Sirap gula
- 150g gula melaka Thailand
- 100ml air
- 1 helai daun pandan
Bahan santan
- 400 ml santan pekat
- ½ sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan
- 300ml air kelapa muda
Cara penyediaan
- Campurkan tepung beras, tepung ubi, air pandan dan kapur sirih ke dalam periuk.
- Kacau hingga sebati kemudian masak atas api sederhana dan kemudian terus kacau hingga adunan menjadi likat dan kenyal seperti doh lembut.
- Sediakan mangkuk besar berisi air ais kemudia tekan adunan panas melalui acuan cendol terus ke dalam air ais.
- Biarkan cendol sejuk dan toskan kemudian masukkan gula melaka, air dan daun pandan ke dalam periuk lain.
- Masak hingga gula larut dan sirap sedikit pekat kemudian tapis dan sejukkan.
- Dalam periuk lain panaskan santan bersama garam dan daun pandan atas api kecil dan jangan biarkan mendidih kuat supaya santan tidak pecah minyak.
- Apabila wangi sudah naik dan panas sedikit, angkat dan biarkan sejuk.
- Sediakan mangkuk atau gelas, masukkan ais batu kemudian tambahkan cendol ke dalamnya.
- Tuangkan sirap gula melaka secukupnya kemudian tuang santan sejuk di atasnya.