Bukan sekadar sedap dibuat jus, buah delima agen penghasil kolagen wajah
BUAH delima antara superfood dianggap sebagai agen kecantikan semula jadi menyokong kesihatan kulit melalui mekanisme biologi kukuh.
Buah ini mengandungi antioksidan tinggi melindungi kulit daripada sinar ultraviolet (UV) selain meningkatkan penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit agar wajah tampil muda.
Kapasiti antioksidan delima juga lebih tinggi berbanding teh hijau, menjadikannya makanan anti-penuaan semula jadi yang sangat berkesan.

Dengan pelbagai manfaat ini, delima mampu membanty menyerlahkan penampilan selain menjadikan kulit lebih segar dan awet muda.
Jom semak apa lagi kebaikan delima untuk kecantikan wajah.

1. Diperkaya dengan antioksidan
Delima mengandungi asid alegik, kandungan antioksidan tumbuhan paling kuat.
Antioksidan ini membantu meneutralkan radikal bebas merosakkan sel kulit dan mempercepatkan proses penuaan.
Pengambilan buah delima juga dapat mengurangkan kulit kusam akibat tekanan oksidatif selain membantu mencegah garis halus dan kedutan.

2. Melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV
Sinar UV antara punca utama penuaan pramatang membuatkan wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Walaupun delima bukan pengganti krim pelindung matahari, ia memberi perlindungan mendalaman terhadap kesan penuaan jangka panjang.
MENARIK DIBACA: Rendam dalam air limau nipis cara mudah kupas kulit udang, jari pun tak sakit!
MENARIK DIBACA: Selain pisang dan nanas, buah-buahan ini lagi sedap kalau dipanggang
Kandungan antioksidan dalam delima membantu memperkukuh pertahanan semula jadi kulit terhadap kerosakan UV.
Pengambilan delima secara konsisten mengurangkan keradangan selepas terdedah kepada matahari.

3. Meningkatkan penghasilan kolagen
Penghasilan kolagen menurun apabila usia meningkat, menyebabkan kulit kendur dan berkedut.
Delima membantu menyokong penghasilan kolagen penting untuk memberi struktur, kekencangan dan keanjalan pada kulit.
Dengan melambatkan pemecahan kolagen, kulit menjadi lebih anjal dan tegang.

4. Mempercepatkan regenerasi kulit
Delima kaya dengan vitamin, mineral dan air yang penting untuk kelembapan kulit.
Nutrisi ini membantu kulit membaiki struktur kolagen dengan lebih berkesan membuatkan kulit lebih segar dan sihat.

5. Tona kulit sekata semula jadi
Tidak seperti krim pencerah yang memutihkan kulit secara agresif, delima bertindak lembut dan menyeluruh.
Sifat anti-radang dan antioksidan membantu mengurangkan kemerahan, iritasi dan pigmentasi.
Delima juga bermanfaat untuk mengurangkan bintik gelap menjadikan kulit cerah sekata.