Artritis bukan penyakit warga emas, orang muda pun banyak kena! Boleh amal 5 makanan ini elak sakit sendi
SAKIT sendi atau juga disebut sebagai artritis sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua disebabkan ia banyak berlaku pada golongan tersebut.
Artritis adalah sejenis penyakit sendi yang menyebabkan rasa sakit, kaku, bengkak dan kemerahan pada bahagian yang dihidapi.
Terdapat 10 jenis artritis yang diketahui, bagaimanapun lima jenis yang paling biasa dihidapi masyarakat seluruh dunia, iaitu osteoartritis, fibromyalgia, gout, artritis rheumatoid, dan lupus.
Antara kesemua jenis sakit sendi itu, osteoartritis merupakan penyakit yang paling lazim dalam kalangan warga tua.
MENARIK DIBACA : Rendam dengan daun jambu, tip kurangkan pahit bunga betik
MENARIK DIBACA : Nak makanan tahan lama? Ini 5 rahsia yang ramai tak tahu
Bagaimanapun masalah penyebab bengkak dan rasa sakit pada satu atau lebih bahagian sendi itu boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor dan tidak hanya semata-mata usia seseorang.
Ini termasuk jantina, sejarah keluarga, obesiti, merokok selain kurangnya melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam.
Bagi golongan yang aktif bersukan atau melakukan kerja berat, mereka lebih terdedah dengan masalah ini.
Apabila seseorang itu diserang masalah artritis, pesakit biasanya akan berasa sakit akibat sendi yang terjejas menjadi bengkak dan kaku.
Selain mengambil ubat Anti-Radang Bukan Steroid (NSAID) untuk mengurangkan kesakitan atau melakukan pembedahan, terdapat cara menghilangkan sakit dengan menggunakan bahan semula jadi seperti;

1. Halia
Halia merupakan salah satu tumbuhan herba yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk mengatasi masalah sakit sendi.
Beberapa kajian yang dijalankan terhadap tumbuhan ini telah membuktikan keberkesanannya secara saintifik.
Dalam kajian itu menyebut, halia mampu melegakan sakit sendi yang disebabkan oleh masalah yang disebut rheumatoid arthritis.
Selain berupaya mencegah masalah sakit sendi, halia juga memainkan peranan penting terhadap beberapa penyakit lain seperti asma, diabetes, strok dan sembelit.

2. Aloe Vera
Kandungan anthraquinone, anthracene, cinnamic acid dan anthranilic acid yang diperoleh daripada aloe vera berfungsi sebagai anti-arthritis dan ajen anti radang yang sangat berkesan.
Selain itu, aloe vera juga berupaya mempercepatkan pertumbuhan semula tisu pada tubuh manusia.

3. Lada hitam
Rempah yang berasal dari rantau India Selatan ini ternyata berupaya menghindari masalah sakit sendi kerana mengandungi piperine iaitu sebatian bioaktif yang boleh mengurangkan gejala artritis.
Bagaimanapun, tumbuhan yang mempunyai aroma berkayu dengan rasa pedas ini tidak digalakkan untuk dimakan selalu kerana sifatnya yang panas.

4. Kunyit
Kunyit juga dianggap sebagai herba yang paling berkesan untuk menghalang masalah sakit sendi selain dapat membantu mengurangkan kesakitan.
Selain itu, kunyit juga terbukti mampu bertindak sebagai agen anti-radang yang baik untuk menyembuhkan luka.
Cukup dengan mengambil cuma 4 miligram kunyit sehari sudah cukup untuk menghalang masalah sakit sendi terjadi.

5. Teh hijau
Kajian yang dijalankan saintis dari University of Michigan mendapati, teh hijau dapat mengurangkan keradangan dan sakit sendi dengan membatasi pengeluaran molekul tertentu dalam sistem imun.
Di dalam teh hijau mengandungi sebatian aktif yang dikenali sebagai polyphenols, kafein dan catechin yang bersifat antioksidan yang kuat sekali gus menjadi agen untuk mencegah masalah sakit sendi daripada terjadi.