Rendam dalam air limau nipis cara mudah kupas kulit udang, jari pun tak sakit!
NAK masak udang sambal, mi goreng udang atau tomyam udang tapi mengenangkan proses kupas kulitnya keras dan renyah terus terbatal hasrat.
Memang ada banyak pilihan udang sejuk beku siap kupas kulit namun rasanya kurang enak seperti udang segar.
Jangan khuatir, ada banyak cara mudah boleh anda terapkan untuk kupas kulit udang tanpa makan masa lama mahupun membuatkan jari sakit.
Tip tambahan untuk memastikan udang kekal segar untuk kegunaan seterusnya adalah dengan menyimpan hidupan laut ini dapat bekas kedap udara di bahagian beku.
Jom tengok 5 petua mudah untuk dicuba amalkan untuk menjimatkan masa di dapur.
MENARIK DIBACA: Beli ketam ketika bulan mengambang bukan sekadar mitos, isinya lebih padat dan manis
MENARIK DIBACA: Papan pemotong pun ada jangka hayat! Ada sebab jangan guna jenis plastik lebih daripada
1. Rendam dalam air garam
Sediakan satu mangkuk air dan campur sedikit garam.
Rendam udang selama 10 minit. Kulit udang akan mula terbuka dengan sendirinya dan proses kupas kulit akan jadi lebih senang.
Selain itu, cara ni juga bantu hilangkan bau hanyir dan lendir pada udang.

2. Guna air limau nipis
Nak udang lebih segar dan wangi anda boleh cuba rendam dalam semangkuk campuran air dan jus limau nipis.
Asid limau membantu untuk melembutkan kulit udang dan mudah tanggal.

3. Rendam dalam air panas
Ini cara pantas untuk kupas kulit udang dengan mudah.
Caranya, rendam udang dalam air panas selama 1 minit. Kulit udang akan mengembang dan lebih senang dikupas tanpa perlu ditarik kuat.
Namun, pastikan anda tidak terlebih rendam kerana khuatir isinya akan bertukar keras pula.

4. Beku seketika dalam peti sejuk
Pasti ramai tidak tip ini namun cara ini antara langkah berkesan.
Masukkan udang dalam bekas dan simpan di bahagian beku selama 15 minit sebelum dikupas kulitnya.
Udang dengan kulit separa beku akan lebih mudah tertanggal apabila dipicit atau dikupas.Tekstur udang juga lebih padat mudah untuk dipegang.

5. Guna gunting dapur
Percaya atau tidak sebenarnya gunting dapur juga boleh menjadi senjata untuk proses mengupas kuli udang lebih senang.
Potong kulit udang di bahagian belakang sepanjang badan kemudian tarik kulit perlahan-lahan.
Cara ini sesuai jika mahu biarkan bahagian ekor udang sebagai hiasan sajian seperti dalam menu nasi goreng udang atau udang masak mentega.