KUALI | Tip & Trik

Papan pemotong pun ada jangka hayat! Ada sebab jangan guna jenis plastik lebih daripada setahun

Lead Image

TAHU tak yang papan pemotong di dapur anda sebenarnya ada tarikh luput?

Nampak macam boleh tahan lama tapi hakikatnya papan pemotong diperbuat daripada kayu atau plastik tetap perlu ditukar apabila sampai waktunya.

Kalau tak, makanan kita boleh terdedah dengan risiko bakteria bahaya yang membawa kepada penyakit serius.

Sebabnya basuh hari-hari pun belum tentu cukup nak hapuskan bakteria berbahaya macam Salmonella dan E.coli.

Menurut personaliti masakan Martha Stwart, ketahanan papa bergantung pada bahan dan cara kita menjaganya.

Papan pemotong kayu yang bercalar boleh memerangkap bakteria dan kelembapan.

Papa kayu

Kalau dijaga betul, papan kayu boleh tahan lama berbanding plastik. 

Tetapi jika ia mula berbau pelik atau ada kotoran yang susah sangat hilang, itu tandanya sampai masa 'pencen'.

Pakar cadangkan beli papan kayu berkualiti – kayu solid, bukan jenis kayu gam atau papan partikel yang senang reput dan jadi sarang bakteria.

Calar pada papan plastik merisikokan mikroplastik masuk ke dalam makanan.

Papan plastik

Ramai menyangka papan plastik merupakan  pilihan terbaik, tetapi sebenarnya jangka hayatnya lebih pendek terutamanya jika digunakan selalu.

Apabila permukaan penuh calar, bakteria dan kelembapan senang terperangkap dan membiak tanpa kita sedari.

Sebaiknya, jangan pakai melebih setahun!

MENARIK DIBACA: Papan pemotong kayu pun ada cara menjaganya, cef kongsi petua sapu minyak bebas bakteria dan tahan lama

MENARIK DIBACA: Teknik rendam kena betul, ini petua pulut kuning kekal lembut dan tahan lama

Lebih membahayakan, risiko pencemaran silang lebih tinggi sekiranya papan plastik digunakan untuk memotong daging atau protein mentah.

Bukan itu sahaja, mikroplastik halus-halus yang terkeluar akibat permukaan tajam pisau boleh bercampur dengan makanan dan menyebabkan keradangan.

Oleh sebab itu, pakar menasihati pengguna untuk membeli papan pemotong diperbuat daripada bahan kitar semula dan bebas BPA.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

[V] Bahan masak mesra poket, ini 6 item wajib 'grab' kalau masuk kedai RM2

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Hampas kopi jangan dibuang, 'ubat' semula jadi halau nyamuk

Terhangat