KUALI | Tip & Trik

Hampas kopi jangan dibuang, 'ubat' semula jadi halau nyamuk

Lead Image

KOPI sering menjadi peneman setia sebagai 'penyegar' ketika memulakan hari panjang atau buat mereka yang ingin berjaya pada waktu malam.

Selain manfaat kesihatan, kopi mempunyai banyak lagi kegunaan lain yang ramai tahu!

Dengan sedikit kreativiti, hampas serbuk kopi mempunyai pelbagai fungsi seperti menghalau serangga, menyegarkan udara dan baja.

Jadi, sebelum buang hampas kopi yang sudah dibru, apa kata anda guna semula ia dan jadikan fungsi lain.

Hampas kopi yang kering berfungsi menghalau serangga.

1. Penghalau nyamuk semula jadi

Bau kopi yang kita suka tu sebenarnya dibenci oleh serangga termasuk nyamuk dan semut.

Kajian membuktikan serbuk kopi dan kafein boleh membunuh larva dan menghentikan pembiakan nyamuk.

Caranya: Simpan hampas kopi dalam bekas kecil ntuk dikeringkan. Kemudian bakar macam kemenyan.

Asapnya akan halau nyamuk, jadi anda boleh lepak luar rumah dengan aman.

Kopi menghilangkan bau kurang enak di ruang kediaman.

2. Penyegar udara semula jadi

Siapa tak suka bau kopi segar kan? Daripada beli penyegar udara yang mengandungi bahan kimia, guna sahaja serbuk kopi.

Kopi ni boleh menyerap bau busuk sambil sebarkan aroma wangi.

Tip mudah: Masukkan serbuk kopi kering dalam kain atau stokin lama yang bersih, kemudian gantung dalam bilik.

Nak lagi kreatif, campur kopi dengan air, masukkan dalam botol semburan, dan jadikan penyegar bilik DIY.

Kopi digunakan untuk menganjalkan kulit wajah.

3. Scrub kulit

Kopi pun boleh jadi produk kecantikan. Teksturnya lembut serta berfungi membuang sel kulit mati agar ia kelihatan lebih segar dan anjal.

Bukan itu sahaja, kafein yang terdapat dalam kopi boleh mengurangkan masalah selulit pada bahagian badan.

MENARIK DIBACA: Boleh dibuat minuman atau mandian, air rebusan daun pandan dan serai bantu masalah bau badan

MENARIK DIBACA: Jangan tunggu dah rabun baru nak bertindak, amal terung pipit jaga kesihatan mata

Resepi DIY: campurkan satu cawan hampas kopi, satu cawan gula, dan setengah cawan minyak kelapa. 

Simpan dalam bekas tertutup, dan gunakan ketika mandi atau membersihkan badan.

Kafein mengandungi khasiat yang bagus untuk tanaman.

4. Baja untuk tanaman

Kalau suka bercucuk tanam, kopi boleh jadi baja organik memandangkan ia kaya dengan nitrogen, kalsium, magnesium yang penting untuk tumbesaran pokok.

Boleh tabur terus di atas tanah atau campur dengan kompos. 

Selain suburkan pokok, kopi juga bantu tanah jadi lebih baik, tahan air, dan siap halau haiwan perosak seperti siput dan ulat.

Sifat pewarna semula jadi pada kopi mempunyai banyak manfaat.

5. Pewarna kayu semula jadi

Nak cat kayu secara mesra alam? Kopi pun boleh!

Caranya, bancuh kopi pekat, biar sejuk, kemudian sapu pada kayu yang sudah digosok dengan kertas pasir. Lagi pekat kopi, lagi gelap warna kayu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Papan pemotong pun ada jangka hayat! Ada sebab jangan guna jenis plastik lebih daripada setahun

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Teknik rendam kena betul, ini petua pulut kuning kekal lembut dan tahan lama

Terhangat