Tak payah membazir buat rawatan laser, kapur sirih dan limau kasturi berkesan buang bulu ketiak
BAHAGIAN ketiak merupakan salah satu anggota tubuh yang perlu diberi perhatian dari segi kebersihan supaya tidak berbau.
Salah satu punca ketiak berbau adalah bulu ketiak tidak dicukur sehingga menjadi perangkap bagi peluh, sekali gus menggalakkan pembiakan bakteria membawa kepada masalah bau kurang menyenangkan.
Bagi kaum wanita pula, mempunyai bulu ketiak dianggap memalukan malah dikaitkan sebagai pengotor!

Untuk menghilangkan bulu ketiak, biasanya mereka akan melakukan teknik mencukur akan mencabut.
Namun kedua-dua kaedah itu bukan sahaja menyakitkan tetapi menyebabkan bawah lengan menjadi gelap.
Rawatan seperti laser pula memerlukan modal besar namun ada cara mudah dan selamat boleh diamalkan iaitu menggunakan limau kasturi dan kapur sirih.
Bukan sahaja mudah malah cara tradisional ini juga berkesan memutihkan bahagian ketiak.
Bahan-bahan
- Beberapa biji limau kasturi
- Kapur sirih
MENARIK DIBACA: Cucur udang kuah kacang pikat hati juri, 2 cef Malaysia gondol pingat gangsa di Korea Selatan
MENARIK DIBACA: Rangup di luar, lembut di dalam... Ini rahsia ikan celup tepung sedap macam dekat Terengganu
Cara-caranya
- Larutkan satu sudu besar kapur sirih bersama air secukupnya. Jangan terlalu cair.
- Perah 2 hingga 3 biji limau kasturi ke dalam larutan kapur sirih tadi dan gaul sehingga sebati.
- Sapu pada ketiak yang telah dicukur bersih sehari sekali selepas mandi.
- Lakukan secara konsisten. Bulu ketiak yang dicukur tidak akan tumbuh dengan cepat, malah ketiak akan kelihatan lebih putih dan wangi.
- Jika dilakukan secara berterusan, bulu ketiak tidak akan tumbuh lagi dalam jangka masa panjang.