Malunya orang nampak parut kurap dan panau, 4 bahan ini mampu rawat masalah kulit anda
MASALAH kulit seperti kayap, kurap dan panau bukan sahaja menyebabkan rasa gatal tetapi boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang.
Ia bukan sahaja menyebabkan rasa tak selesa tetapi meninggalkan kesan merah atau luka yang mencacatkan penampilan.
Walaupun ada banyak ubat-ubatan moden boleh dimiliki dengan mudah namun masih ramai memilih mengatasi masalah tersebut dengan kaedah rawatan tradisional.
MENARIK DIBACA: Masam tapi jadi penyedap masakan, rupanya asam keping banyak betul kebaikan... Kawal gula dalam darah, haluskan kulit
MENARIK DIBACA: Malaysia tembus senarai 'World’s 101 Best Steak Restaurants 2025'
Ramai memilih kaedah tradisional kerana merasakan petua orang lama lebih selamat, murah selain mudah disediakan dengan menggunakan bahan sedia ada di rumah.
Salah satu cara merawat masalah kurap, kayap dan panau adalah menggunakan tepung jagung dan beberapa bahan lain.

Bahan-bahan
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil garam
- 2 biji limau kasturi (diambil jusnya)
- Air (untuk dibancuh)
Langkah penyediaan dan penggunaan
- Campurkan semua bahan ke dalam bekas bersih.
- Masukkan sedikit air dan gaul bahan sehingga menjadi pes.
- Sapukan pada bahagian kulit yang terkena kayap, kurap atau panau dan biarkan sehingga kering sebelum dibersihkan.
- Ulang secara konsisten untuk hasil yang lebih baik sehingga masalah kulit dapat diatasi.
Info
- Tepung jagung: Menyerap lembapan berlebihan pada kulit dan mengurangkan rasa gatal.
- Garam: Bersifat antibakteria semula jadi dan membantu mengeringkan luka kecil pada kulit.
- Serbuk Kunyit: Bersifat anti-radang dan antibakteria selain membantu cerahkan kawasan kulit terjejas.
- Limau Kasturi: Kaya vitamin C dan bersifat antiseptik semula jadi untuk melawan jangkitan kulit.