Sumpah sakit! Nak jumpa doktor takut, ada 5 bahan di dapur boleh bantu cegah masalah buasir
PERNAH dengar tentang buasir? Hanya mereka yang pernah mengalaminya tahu betapa seksanya menanggung kesakitan yang dialami.
Buasir atau turut dikenali sebagai hemoroid merupakan gejala pembengkakan dan radang pada saluran darah di sekeliling lubang dubur atau di bahagiah saluran dubur (rektum).
Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalam dam buasir luar. Buasir dalam terjadi di bahagian dalam saluran dubur namun boleh menyebabkan pendarahan tanpa rasa sakit.
Buasir luar pula berada di luar bahagian dubur dan boleh menyebabkan rasa gatal, sakit dan ketidakselesaan.
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan buasir antaranya sembelit kronik, terlalu meneran semasa membuang air besar, duduk dalam jangka masa lama, perubahan hormon, obesiti, kekurangan serat dan cirit-birit berpanjangan.

Sesetengah buasir pulih dengan sendiri, namun buasir yang mempunyai simptom tertentu memerlukan rawatan doktor dengan mengambil ubat-ubatan seperti krim atau suppositori untuk membantu melegakan gejala.
Dalam kes lebih teruk, prosedur seperti skleroterapi, pembedahan ligasi getah dan pembedahan boleh disyorkan sebagai alternatif akhir.
Namun menerusi perkongsian di Facebook Group Bersama Share Petua Dan Resipi Harian Kita, terdapat beberapa petua dikongsikan untuk merawat masalah buasir secara tradisional dengan menggunakan bahan semula jadi.
Kaedah serta bahan digunakan bukan sahaja mudah diperoleh di dapur rumah masing-masing, tetapi juga dikatakan mujarab.

Berikut merupakan antara cara yang boleh dilakukan untuk mengecutkan buasir.
1. Bawang putih
Tumbuk beberapa ulas bawang putih bersama sedikit air. Perah bawang putih yang ditumbuk untuk mendapatkan airnya dan kemudian sapu pada bahagian buasir setiap hari.
Cara tersebut dikatakan boleh membantu mengecutkan buasir yang sedang bengkak jika diamalkan setiap hari.

2. Serbuk manjakani
Ramai penghidap buasir mengakui berhasil sembuh selepas melakukan rawatan dengan menggunakan buah manjakani.
Caranya ambil serbuk manjakani yang boleh dibeli di kedai dan campur dengan sedikit air.
Sapukan serbuk manjakani yang dibancuh dengan air pada bahagian buasir setiap hari sehingga buasir mengecut dan hilang dengan cepat.

3. Minyak badam
Minyak badam mempunyai sifat penyerap tisu dan emolien yang boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir luaran.
la juga dipercayai boleh membantu untuk melembap dan mengurangkan keradangan serta melegakan rasa panas pada dubur.
MENARIK DIBACA:Asyik kejar views, sampai melayang nyawa... 5 ‘mukbangers’ popular ini maut akibat makan berlebihan
MENARIK DIBACA:Mampu ingat resipi tanpa dicatat, Fazley Yaakob miliki otak ‘photographic memory’
Caranya letakkan beberapa titik minyak badam di dalam mangkuk kecil dan rendam kapas atau kain bersih ke dalamnya sehingga basah.
Sapu kapas atau kain bersih yang direndam dalam minyak badam tadi pada tempat yang sakit untuk melegakan kesakitan akibat buasir.

4. Uncang teh hitam
Teh mengandungi asid tanik yang mempunyai sifat astringen semula jadi yang boleh mengurangkan bengkak dan sakit akibat buasir.
Caranya ambil secawan air panas dan rendamkan uncang teh hitam ke dalamnya. Tunggu beberapa minit dan keluarkan uncang teh.
Biarkan sehingga uncang menjadi suam dan tekap pada tempat yang sakit selama 10 hingga 15 minit. Amalkan dua hingga tiga kali sehari.

5. Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi sifat antioksida dan antiradang yang digunakan untuk memulihkan buasir luaran.
la juga boleh meningkatkan kekenyalan salur darah dan mengurangkan keradangan selain boleh mengecilkan saiz salur darah yang bengkak dalam saluran dubur.
Caranya, makan satu sudu teh minyak zaitun sehari. Lemak mono tidak tepu di dalam minyak zaitun boleh membantu untuk memperbaiki fungsi sistem perkumuhan.