info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

CEO Nestle minum 8 cawan kopi sehari, 5 daripadanya sebelum jam 10 pagi

Lead Image

SUDAH bagi perkara biasa apabila ada individu 'wajib' minum secawan kopi untuk memulakan hari. 

Bagaimanapun berbeza dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nestlé, Philipp Navratil yang mengakui dirinya mampu menghabiskan sekurang-kurangnya lapan cawan kopi setiap hari.

Lebih menarik, lima daripada lapan cawan kopi tersebut biasanya diminum sebelum pukul 10 pagi. 

Malah, dia turut menjadikan secawan espresso sebagai pilihan selepas menikmati makan malam.

Menurut Navratil, kopi bukan sekadar minuman untuk menghilangkan rasa mengantuk atau membantu dirinya kekal bertenaga sepanjang hari. 

Sebaliknya, dia meminati rasa dan aroma kopi, seperti yang dikongsikannya dalam satu temu bual bersama Business Insider.

Pengambilan kopi menjadi sebahagian daripada rutin harian beliau. - Bloomberg/Getty Images

Kongsi Navratil lagi, dia lebih gemar menikmatinya tanpa gula, selain memilih versi sejuk sebagai antara kopi kegemarannya. 

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini dia mula tertarik mencuba kopi tanpa kafein atau decaf.

Berkongsi mengenai rutin hariannya, Navratil akan memulakan pagi dengan minum air sebaik bangun tidur sebelum beralih kepada kopi.

MENARIK DIBACA:  Sistem penyejukan puluhan pasar raya digodam! Suhu meningkat, makanan terpaksa dibuang

MENARIK DIBACA: Kecoh jualan ayam tak halal, wanita kongsi pesanan rakan pegawai Jais

Biasanya dia akan bangun sekitar jam 6.30 pagi kerana merasakan waktu tersebut merupakan tempoh paling produktif untuk dirinya.

Malah, lima cawan kopi pertama lazimnya sudah dinikmati sebelum jam 10 pagi.

Melihat situasi itu, pasti ramai tertanya-tanya sama ada jumlah pengambilan kopi yang agak tinggi boleh memberikan kesan terhadap waktu tidurnya.

Minuman kopi sememangnya menjadi pilihan ramai untuk memulakan pagi hari.

Katanya dia masih boleh tidur dengan baik walaupun mengambil kopi dalam kuantiti banyak.

Di sebalik tabiat tersebut, dia turut berusaha mendapatkan tidur selama lapan jam setiap malam meskipun mengakui perkara itu tidak selalu dapat dicapai.

Baginya, menikmati kopi merupakan satu kebiasaan yang sudah sebati dalam kehidupan seharian.

Dia menyifatkan tabiat tersebut sebagai sebahagian daripada faktor psikologi kerana dirinya sudah terbiasa menikmati kopi, selain menyukai rasanya.

Walaupun rutin minum lapan cawan kopi sehari yang diamalkan Navratil mungkin kedengaran luar biasa, tabiat tersebut merupakan pilihan peribadinya dan tidak semestinya sesuai untuk semua orang.

Jumlah pengambilan kafein yang boleh diterima berbeza mengikut individu, keadaan kesihatan dan tahap sensitiviti terhadap kafein. 

Justeru, rutin seorang individu tidak wajar dijadikan panduan umum untuk orang lain.

Untuk rekod, Navratil mula menyertai Nestlé pada 2001 dan sepanjang kerjayanya pernah memegang beberapa jawatan penting dalam syarikat makanan dan minuman antarabangsa itu.

Dia secara rasmi mengambil alih jawatan CEO Nestlé pada September 2025.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Serangan siber mampu jejas bekalan makanan! 5 persediaan ini penting untuk waktu kecemasan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Nasi Kandar Saddam nafi dakwaan terima bekalan ayam daripada pembekal tular

Terhangat