Minuman berasaskan kurma Cina bantu pulihkan badan lesu, petua awet muda
SEMAKIN kita berusia, semakin banyak perkara yang perlu diberikan perhatian.
Bukan sahaja aspek kesihatan dalaman, begitu juga dari segi luaran atau fizikal.
Menerusi hantaran seorang wanita di Threads, dia berkongsi cara membuat minuman tenaga diperolehi daripada seorang warga emas berusia 70 tahun.
Bahan yang digunakan juga cukup ringkas, malah ia boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan dalam peti sejuk.
Bagi anda yang tertanya-tanya, jom lihat cara penyediaan minuman tenaga yang kongsikan Ain Natasha di Threads miliknya.

Bahan-bahan:
- 2 helai daun pandan
- 10-15 biji kurma merah (kurma Cina)
- 2 sudu goji beri
- 2 sudu chia seed
- 1 periuk air
MENARIK DIBACA: Kek Greek yogurt bersama beri campuran, 'dessert' selamat untuk individu sedang diet
MENARIK DIBACA: Rebus 3 bahan dapur ini, minum airnya... Masalah badan lesu, perut buncit mungkin selesai
Langkah penyediaan:
- Panaskan air dalam peruk.
- Masukan semua bahan dan biarkan sehingga mendidih.
- Tunggu sejuk lalu masukkan dalam botol.
- Simpan dalam peti sejuk.
- Amalkan minum setiap pagi atau malam sebelum tidur.
Menariknya, minuman campuran ini dikatakan membantu mengelakkan badan daripada mudah lesu, membantu menghilangkan masalah perut buncit dan membuatkan tidur malam lebih lena.
Bagi wanita yang mahukan kulit cantik, sihat dan awet muda minuman istimewa ini sudah tentu membantu anda mendapatkan kulit berseri.
