Tahi itik kuih warisan Kelantan... Rasa enak manis berlemak, sayang sekali jika dilupakan
TAHI itik menjadi antara manisan tradisional negeri Kelantan yang cukup unik.
Walaupun namanya kedengaran pelik, kuih ini mempunyai keistimewaan tersendiri dengan rasa manis serta tekstur lembut, menjadikannya antara sajian warisan yang wajar diperkenalkan kepada generasi muda.
Menariknya, kuih tahi itik boleh disediakan sendiri menggunakan bahan-bahan ringkas.
Cara membuatnya juga tidak rumit, malah tidak memerlukan banyak bahan untuk menghasilkan manisan tradisional istimewa ini.

Bahan-bahan
- 5 biji telur (bahagian putih sahaja)
- 2 helai daun pandan
- 100g tepung pulut
- 100g kelapa parut (putih)
- 200g gula pasir
- 100ml air
- Garam
MENARIK DIBACA: Kuih apam bakar ada rasa pisang dan rempah, sajian tradisional unik dari Kelantan
MENARIK DIBACA: Rasanya berlemak menggoda selera, ini resipi akok cara orang Kelantan
Langkah penyediaan
- Masak air, gula dan daun pandan sehingga gula larut, kemudian tapis lalu sejukkan sedikit.
- Pukul putih telur sehingga berbuih. Ketepikan.
- Dalam mangkuk berbeza, masukkan tepung pulut, kelapa parut dan secubit garam kemudian gaul sebati.
- Masukkan putih telur dan campuran tepung ke dalam larutan air gula dan kacau sehingga sebati.
- Masak dengan api kecil sambil kacau perlahan-lahan sehingga adunan pekat dan boleh dibentuk.
- Bentuk adunan tadi kecil-kecil dan biarkan sejuk.
- Sedia untuk dihidangkan.
