Telur ayam kampung, madu kelulut dikatakan bantu pekatkan air mani
BAGI kaum Adam, pemerhatian ke atas air mani adalah perlu untuk memastikan sistem reproduksi berada dalam keadaan baik.
Air mani yang kelihatan cair kadangkala menimbulkan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika ia memberi kesan kepada tahap kesuburan.
Jika anda mempunyai masalah ini, mungkin boleh amalkan petua tradisional menggunakan bahan semula jadi sebagai salah satu ikhtiar.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, dia mendakwa telur ayam kampung dan madu kelulut boleh membantu menjadikan air mani lebih pekat.
“Man to man. Korang rasa air mani korang cair? Apa kata korang amal ni dua minggu.
“Telur ayam kampung, madu kelulut asli. Korang tengok bergetah pekat elok tak?” ujarnya.
Telur ayam kampung membekalkan protein berkualiti tinggi serta nutrien seperti vitamin B12, kolina dan selenium yang membantu menyokong fungsi tubuh.
MENARIK DIBACA: Perhatian untuk lelaki! 8 makanan ini bantu tingkatkan kualiti, kesihatan sperma
MENARIK DIBACA: Biji labu sumber tenaga dan 'snek' kesuburan semula jadi kaum lelaki
Protein diperlukan untuk pembinaan dan pembaikan tisu, manakala selenium memainkan peranan dalam fungsi reproduktif lelaki.
Sementara itu, madu kelulut mengandungi gula semula jadi serta sebatian antioksidan yang berpotensi membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat tekanan oksidatif.
Bagaimanapun, belum ada bukti saintifik kukuh yang menunjukkan gabungan telur ayam kampung dan madu kelulut mampu memekatkan air mani.
Justeru jika berdepan masalah ini, disarankan supaya anda pergi berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan nasihat serta rawatan.
