DIY masker guna timun, 3 bahan lain... Kulit muka lebih berseri, bantu hilangkan pigmentasi
TENGOK cermin, ternampak bintik hitam dan pigmentasi pada wajah akibat selalu terdedah dengan sinar UV.
Pasti sedikit sebanyak membuatkan anda kurang yakin dengan penampilan diri, terutama bagi wanita.
Cara paling selamat dan mudah adalah menutup kekurangan pada wajah dengan solekan tebal tanpa mengetahui ia boleh menjadikan masalah jadi bertambah teruk.
Sebenarnya terdapat cara mudah yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Tidak memerlukan modal besar, jom cuba buat sendiri (DIY) masker wajah ini:

Bahan-bahan
- 1 batang timun (dikisar halus)
- 1 sudu tepung beras
- 1 sudu madu
- 1 sudu air mawar
MENARIK DIBACA: Wanita 30-an risau wajah mula nampak tua, 'berdesup' netizen kongsi tip pemakanan elak kulit berkedut
MENARIK DIBACA: Pempengaruh kongsi rahsia kulit 'glowing', guna biji halba jadi toner wajah
Langkah penyediaan
- Cuci bersih timun lalu kisar sehingga halus untuk dijadikan pes.
- Masukkan dalam mangkuk, kemudian campurkan tepung beras, madu dan air mawar, kacau hingga sebati.
- Sapukan pada wajah yang mempunyai masalah bintik hitam dan biarkan selama 15 minit.
- Selepas 15 minit, cuci wajah dengan air bersih seperti biasa.
- Lakukan langkah sama sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Hasilnya, kesan bintik hitam pada wajah semakin pudar, malah kulit akan kelihatan lebih cantik dan berseri.
