info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kecoh jualan ayam tak halal, wanita kongsi pesanan rakan pegawai Jais

Lead Image

ISU bekalan ayam yang diragui status halalnya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penguna Muslim sehinggakan ramai mula was-was dan lebih berhati-hati memilih premis menjual bahan mentah tersebut.

Menerusi satu hantaran di Threads seorang wanita memberi peringatan agar pengguna lebih berwaspada apabila membeli ayam di kedai tertentu.

"Kes ayam kat Puchong baru-baru ni. Kalau boleh elakkan beli ayam kat kedai Acheh dan kedai runcit biasa, pasar pun kena pastikan sumber dari mana.

"Setakat ni yang selamat ayam dalam bungkusan ada tulis 'halal Jakim' (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sebab proses penyembelihan ni memang mereka pantau. Sumber dari kawan kerja pegawai halal di Jais (Jabatan Agama Islam Selangor)," tulisnya.

Bagi memastikan bekalan yang dibeli benar-benar selamat dan dijamin halal, wanita berkenaan turut berkongsi kaedah yang diguna oleh ibunya dalam membuat pembelian ayam.

Ramai kini mengelak membeli di kedai Acheh dan memilih ayam berlogo halal Jakim.

"Yang bagus macam mak saya beli ayam kat satu pasar ni dia sembelih situ jual terus. Kalau sembelih tempat lain nak-nak yang lambak-lambak tu pastikan pusat sembelihan di mana," tegasnya lagi.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata mula berasa ragu-ragu dan berkongsi alternatif masing-masing demi menjaga status halal dalam pemakanan.

Beberapa warganet mendedahkan bahawa mereka kini lebih sanggup membelanjakan lebih duit demi mendapatkan bekalan yang diyakin halal.

"Lepas kes ni, hari ni saya beli ayam di pusat penyembelihan Putrajaya. Mahal sikit pun tak apa, janji halal tak was-was.

MENARIK DIBACA: Kempen Jom Beli Produk Malaysia kerjasama Jaya Grocer - KPDN

MENARIK DIBACA:  UiTM, PKPS gilap bakat keusahawanan mahasiswa menerusi Dapur Ehsan

"Saya prefer beli ayam kat pasar basah, sembelih depan mata. Tapi harga mahal sikit, RM11.90/kg," komen beberapa warganet.

Bagi sesetengah netizen lain pula, ayam siap bungkus yang dijual di pasar raya besar kekal menjadi pilihan utama kerana mempunyai sijil pengesahan yang jelas.

"Saya memang beli di Lotus je sebab dah siap pack ada logo halal. Mudah-mudahan sentiasa dipantau jugalah. Tapi saya semak juga sumber Lotus ambil di mana setakat ni okaylah," kata seorang netizen.

Antara komen netizen di Threads.

Ada juga yang menggesa agar pihak berkuasa menyenaraikan rantaian pengedaran bekalan ayam berkenaan kerana bimbang jualan tersebut tersebar jauh lebih luas.

"Masalahnya sekarang takut bukan kedai Acheh je. Kena keluarkan senarai ada bulk purchase ke dari kedai-kedai besar. 40,000 ekor sehari massive production kot takkan cover kedai Acheh je," tegasnya.

Tidak kurang juga yang mengakui pernah menemui tanda-tanda mencurigakan pada fizikal ayam yang dibeli di premis tertentu sebelum ini.

"Ayam kat kedai Acheh ni memang tak sembelih kot. Sebab saya pernah nak pilih-pilih ayam tapi tengkuk ayam tu memang tak ada kesan sembelih. Terus tak jadi nak beli.

"Memang itu aku elak beli ayam togel macam tu. Kalau ada pack plastik berani lagi sekurang-kurangnya ada terpampang halal.

"Buat masa ni saya ragu-ragu dengan ayam kat pasar raya Puchong. Sebab sebelum ni pernah beli simpan dalam frozen dua hari selepas defrost ayam tu bau hanyir semacam dan ayam dia macam hitam. Memang buang teruslah kan," komen netizen lagi.

Terdahulu, pihak berkuasa membuat serbuan menerusi Op Taring Chiller di sebuah gudang penyembelihan dan pemprosesan ayam di Kampung Sri Aman Hilir, Puchong pada 30 Oktober lalu.

Dalam operasi kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, sebanyak 6,555 kilogram (kg) ayam mentah dirampas selepas premis berkenaan disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan yang tidak mematuhi hukum syarak serta keperluan pensijilan halal.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pengasas Boat Noodle dan BananaBro meninggal dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Dari kuali ke langit biru! Minyak masak terpakai kini mampu terbangkan pesawat

Terhangat