info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Pesan nasi goreng minta 'asing bahan', sudahnya pembeli kena goreng sendiri!

Lead Image

LAZIMNYA jika kita membungkus makanan berkuah seperti mi bandung, bihun sup atau kuetiau tomyam, peniaga akan mengasingkan mi dan kuahnya untuk elakkan mi daripada kembang.

Lain pula cerita pelanggan ini yang memesan nasi goreng menerusi aplikasi bersama permintaan yang agak luar biasa.

Menerusi satu perkongsian tular, pelanggan berkenaan dipercayai berasal dari Indonesia meminta supaya semua bahan dalam nasi goreng yang dipesan, diasingkan.

Bahan mentah untuk menyediakan hidangan nasi goreng.

"Mahu beli nasi goreng tapi dipisah semuanya ya," pesannya.

Dia akhirnya menerima 'nasi goreng' dengan setiap bahan yang digunakan oleh peniaga untuk menyediakan sajian itu dibungkus secara berasingan.

Menerusi foto yang dikongsikan, kelihatan bahan seperti nasi putih, kicap, sos, perasa, cili dan sayur-sayuran dibungkus dalam plastik berlainan.

Pelanggan berkenaan dilihat bukan memesan nasi goreng, sebaliknya membeli satu set bahan mentah untuk menyediakan hidangan itu sendiri.

MENARIK DIBACA: Nasi goreng Oreo, nampak sedap tapi ramai tak berani makan

MENARIK DIBACA: Rahsia masak nasi goreng 'Chinese style'... Tekstur cantik berderai, harum aroma 'wok hei'

Ramai terhibur melihat cara peniaga melayan kehendak pelanggan, malah menganggap dia telah memenuhi permintaan pembeli sebaiknya.

Peniaga juga dilihat tidak meninggalkan satu pun bahan untuk membuat nasi goreng kecuali minyak masak.

"Arahan pembeli tidak jelas, bukan salah peniaga.

"Masih beruntung penjual masih memberikan bahan-bahan lengkap untuk membuat nasi goreng.

"Masih belum cukup, minyak gorengnya mana?" usik beberapa netizen.

Hidangan nasi goreng yang sepatutnya dihantar sesuai pesanan.

Walaupun kejadian itu mungkin sekadar salah faham, ia menunjukkan bahawa arahan pelanggan perlu ditulis dengan jelas supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Apa pun, pelanggan berkenaan nampaknya perlu meluangkan sedikit masa untuk memasak sendiri nasi goreng yang diidamkan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Dari kuali ke langit biru! Minyak masak terpakai kini mampu terbangkan pesawat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Beli telur, dapat anak puyuh! Pengguna disaran suluh dulu sebelum masak

Terhangat