Pengasas Boat Noodle dan BananaBro meninggal dunia
PENGASAS rangkaian restoran Boat Noodle dan BananaBro, Tony Lim, dilaporkan meninggal dunia pada 2 November 2026.
Perkhabaran duka ini mula mendapat perhatian selepas kedua-dua jenama restoran berkenaan berkongsi tentang pemergian beliau menerusi akaun media sosial rasmi masing-masing.
Boat Noodle menerusi kenyataannya mengenang Tony sebagai seorang pengasas dan mentor yang banyak memberi kepercayaan kepada pasukannya.
Sementara itu, BananaBro pula menyifatkan mendiang sebagai individu yang mempunyai visi besar dalam mengembangkan jenama makanan berasaskan nasi daun pisang.

Tony mengasaskan Boat Noodle pada 2014 dengan mengetengahkan konsep hidangan mi gaya jalanan Thailand dalam mangkuk kecil.
Beliau kemudian mengasaskan BananaBro pada 2018, sebuah rangkaian restoran yang mempopularkan hidangan nasi daun pisang dengan pendekatan moden.
MENARIK DIBACA: Kempen Jom Beli Produk Malaysia kerjasama Jaya Grocer - KPDN
MENARIK DIBACA: UiTM, PKPS gilap bakat keusahawanan mahasiswa menerusi Dapur Ehsan
Kedua-dua jenama itu berkembang dan mempunyai rangkaian cawangan di beberapa lokasi di Malaysia.
Pemergian Tony merupakan satu kehilangan buat industri makanan dan minuman tempatan, khususnya warga kerja serta pasukan yang pernah bersama-sama membangunkan perniagaannya.
Setakat ini, punca kematian beliau belum diumumkan secara rasmi.
