info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Dari kuali ke langit biru! Minyak masak terpakai kini mampu terbangkan pesawat

Lead Image

BENARKAH minyak masak terpakai yang biasanya dibuang selepas digunakan sebenarnya mempunyai nilai?

Di Singapura, bahan buangan seperti ini dimanfaatkan untuk menghasilkan bahan api penerbangan mampan atau Sustainable Aviation Fuel (SAF), sekali gus dikatakan memberi nafas baharu kepada sisa dapur.

Menurut laporan akhbar media antarabangsa, kilang penapisan syarikat tenaga Finland, Neste yang beroperasi di Tuas South, Singapura, mampu menghasilkan sehingga satu juta tan SAF setahun selepas pengembangan kemudahan pengeluarannya pada 2023.

Minyak masak terpakai dikumpulkan boleh diproses menjadi 'SAF' sekali gus memberi nilai baharu kepada sisa dapur.

Selain minyak masak terpakai, sumber mentah alternatif lain berpotensi dikitar semula turut digunakan antaranya sisa pertanian, sisa perhutanan dan alga bagi memperluas pengeluaran bahan api baharu.

Bahan-bahan ini difahamkan dipilih kerana masih boleh diproses menjadi sumber tenaga, berbanding berakhir sebagai sisa tidak dimanfaatkan.

MENARIK DIBACA: Ramai terhibur lihat lelaki 'angkuh' minum Americano tanpa gula, rasa diri cukup matang

MENARIK DIBACA: Ibu hamil makan anggur hitam bantu cegah jaundis bayi, ini fakta anda perlu tahu

Prosesnya bermula dengan mengumpulkan minyak dan lemak terpakai sebelum dihantar ke kilang.

Bahan mentah itu kemudian melalui proses prarawatan bagi menyingkirkan kekotoran yang boleh mengganggu proses pengeluaran.

Seterusnya, minyak dan lemak diproses menggunakan teknologi penapisan, termasuk hidroproses menggunakan hidrogen untuk menukarkannya kepada hidrokarbon.

Bahan terhasil kemudian ditulenkan dan diasingkan bagi mendapatkan bahan api yang memenuhi spesifikasi penerbangan.

SAF dihasilkan perlu mematuhi piawaian keselamatan sebelum digunakan.

Bergantung pada teknologi pengeluarannya, bahan api ini boleh dicampurkan dengan bahan api jet konvensional mengikut had diluluskan untuk kegunaan pesawat.

Kilang penapisan Neste di Singapura menghasilkan sehingga satu juta tan 'SAF' setahun.

Usaha ini selari dengan konsep bioekonomi dan ekonomi kitaran, iaitu memanfaatkan semula sumber terbuang untuk menghasilkan produk baharu. 

Walaupun SAF berpotensi mengurangkan pelepasan karbon sepanjang kitar hayatnya berbanding bahan api konvensional, manfaatnya bergantung pada bahan mentah dan proses pengeluaran. 

Bagi Singapura, sisa dapur dan industri kini membuka peluang baharu dalam usaha menjadikan sektor penerbangan lebih mampan.

Malaysia juga sedang membangunkan projek kilang SAF berasaskan minyak masak terpakai di Port Klang melalui FatHopes Energy, dengan sasaran operasi sekitar 2030.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kecoh jualan ayam tak halal, wanita kongsi pesanan rakan pegawai Jais

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pesan nasi goreng minta 'asing bahan', sudahnya pembeli kena goreng sendiri!

Terhangat