info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Gaul 3 bahan, masak dalam air fryer! 20 minit siap brownies Milo

Lead Image

BAGI penggemar manisan, brownies pasti menjadi salah satu sajian yang tidak akan ditolak jika dihidangkan di depan mata.

Mana tidaknya, membuat sendiri brownies tidak mudah dan memerlukan kemahiran.

Seorang pengguna di Threads berkongsi resipi mudah membuat brownies dengan hanya menggunakan tiga bahan sebelum dimasak menggunakan air fryer.

Resipi ini sesuai dicuba oleh mereka yang ingin menyediakan kudapan homemade untuk anak-anak dan seisi keluarga.

Antara hasil cubaan netizen membuat brownies menggunakan air fryer.

Bahan-bahan:

1 cawan Milo

2 biji telur

2 sudu besar susu pekat

Cara penyediaan

1. Masukkan Milo, telur dan susu pekat ke dalam mangkuk.

2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan tidak berketul.

3. Tuangkan adunan ke dalam bekas yang sesuai digunakan dalam air fryer.

4. Masak pada suhu 170 darjah Celsius selama kira-kira 20 minit.

5. Keluarkan brownies dan biarkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan.

MENARIK DIBACA: Sushi Push Pop jadi fenomena di New York, disajikan dalam bekas silinder

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar wangi, rupanya ada sebab lain daun bawang perai laris musim Tahun Baharu Cina

Walaupun menggunakan bahan yang minimum, resipi ini boleh menjadi alternatif buat mereka yang ingin mencuba membuat brownies sendiri tanpa proses penyediaan yang rumit.

Malah ia juga sesuai dibuat jika tetamu tiba-tiba ingin datang ke rumah.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Ayam masak 'butter' pedas... Sekali cuba buat, pasti mahu lagi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Puas hati buat sendiri bubur ala Mekdi! Nikmat makan masa cuaca sejuk

Terhangat