Nasi goreng Oreo, nampak sedap tapi ramai tak berani makan
ADA saja idea kreatif orang ramai apabila mereka mencipta resipi tersendiri walaupun kelihatan aneh dan tidak masuk akal.
Walaupun ada sesetengah menu unik ini boleh diterima tekak, namun penampilannya pula kelihatan meloyakan.
Sebagai contoh, minuman unik soda tom yam, keli pistachio, kopi kari kambing dan teh oolong Sprite yang pernah tular sehingga masing-masing berlumba-lumba untuk merasainya sendiri.

Terbaharu, timbul resipi baharu dikongsikan seorang pengguna Threads sehingga menarik pelbagai komen pengguna media sosial.
Digelar nasi goreng Oreo, hidangan nasi goreng yang dimasak bersama biskut coklat ini telah 'memancing' respon netizen dengan pelbagai komen mencuit hati.
Untuk anda yang mahu rasa sendiri 'kenikmatan' nasi goreng Oreo, jom cuba resipinya:
Bahan-bahan
- Nasi putih sejuk
- 8 keping biskut Oreo
- 1 biji telur
- Garam
- Minyak
MENARIK DIBACA: 'Padah' pesan 'lamb chop' RM48 dari kedai tomyam, sekali pandang macam kelawar
MENARIK DIBACA: Kaki ayam matcha rangup dan enak, cuba sekali pasti nak lagi
Langkah penyediaan
- Panaskan minyak, masukan biskut Oreo dan dan nasi.
- Hancurkan dan gaul hingga sebati.
- Pecahkan telur dan kacau sehingga semua adunan bercampur rata.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Siap untuk dihidangkan.
Dalam ruangan komen, ramai pengguna meninggalkan komen mencuit hati tentang resipi yang dikongsikan.
Ada yang berpandangan hidangan tersebut kelihatan enak untuk dijadikan menu sarapan pagi.
"Nampak sedap, esok nak cuba buat untuk sarapan pagi," ujar seorang netizen.

Bagaimanapun, rata-rata netizen nampaknya tidak sanggup makan nasi goreng Oreo itu kerana kelihatan sangat pelik.
"Saya tak nak, saya dah cakap awal-awal.
"Suami saya cakap jahanam resipi.
"Bawa sekali nasi goreng Oreo anda tu keluar dari bumi ini," antara komen netizen.