Senangnya buat kuih getas... 'Ngam' padan dengan teh, kopi panas
KALAU tanya anak muda sekarang, pasti ramai tidak kenal dengan kuih tradisional yang satu ini iaitu kuih getas.
Kuih getas dikenali kerana teksturnya yang kenyal, rangup di luar serta disaluti gula..
Diperbuat daripada tepung pulut dan kelapa parut, kuih ini sesuai dinikmati sebagai hidangan minum petang bersama secawan kopi atau teh panas.
Bagi yang teringin menikmati kuih tradisional ini, apa kata cuba buat sendiri di rumah.
Bahan yang digunakan mudah dan langkah penyediaan pula ringkas.

Bahan-bahan
Kuih
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan kelapa parut putih
- 1/2 sudu kecil garam
- 3/4 cawan air
Bahan sira
- 1/2 cawan gula
- 1/3 cawan air
MENARIK DIBACA: Penangan kuih lopes! Baru hidu bau pandan, gula merah perut terus rasa lapar
MENARIK DIBACA: Urum enak dari Sarawak antara kuih tradisional paling senang nak buat
Langkah penyediaan
- Masukkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan secubit garam dalam mangkuk.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Pastikan doh tidak melekat pada tangan.
- Ambil sedikit doh, bentukkan menjadi bulat atau lonjong kemudian tekan sedikit menjadi leper.
- Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
- Goreng sehingga kuih timbul dan berwarna kuning keemasan, lalu angkat dan toskan.
- Untuk sira, masak gula bersama air sehingga mendidih dan pekat.
- Masukkan kuih yang telah digoreng tadi ke dalam sira lalu kacau rata sehingga kuih bersalut sira sepenuhnya.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan.