Tomato bersama 3 bahan dapur lain boleh bantu rawat kulit wajah kusam
TOMATO memang mampu membantu melembutkan kulit malah dikatakan berkesan mencerahkan wajah.
Seperti diketahui ramai, tomato mengandungi vitamin C untuk membantu mencerahkan kulit kusam, meratakan tona kulit dan memudarkan kesan parut.
Selain digunakan dalam masakan, tomato juga boleh digunakan terus pada wajah untuk menjadikan kulit lebih 'glowing' dan awet muda.
Caranya juga mudah iaitu dengan menggabungkan tiga bahan ringkas dan selamat digunakan.
Berikut langkah mudah untuk ada amalkan:

Bahan-bahan
- Tomato (dibelah dua)
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu besar madu
- 2 sudu besar air mawar
MENARIK DIBACA: Hampir 10 tahun siram 'air belacan', petua pokok ros hidup subur - "Tak share kalau tak menjadi"
MENARIK DIBACA: Guru makan pelbagai jenis bunga, dakwa baik untuk kesihatan dan kecantikan
Langkah dan cara penyediaan
- Belah tomato kepada dua bahagian.
- Taburkan serbuk kunyit, madu dan air mawar pada permukaan tomato yang dibelah.
- Gosok dengan lembut pada wajah secara memutar dan biarkan selama lima minit.
- Bilas wajah dengan air bersih dan ulang langkah sama sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Hasilnya, kulit anda perlahan-lahan akan menjadi lebih cerah tanpa mengubah tona kulit terlalu drastik.