Tambah air garam dan cuka, rahsia 'fries' kekal rangup
BUKAN sekadar cara menggoreng, teknik penyediaan kentang sebelum digoreng juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan 'fries' yang rangup dan menyelerakan.
Ramai geram apabila 'fries' yang baru diangkat dari kuali cepat lembik selepas dibiarkan seketika.
Menerusi petua yang dikongsikan oleh kakwanikawan, ada cara mudah yang boleh dicuba untuk mendapatkan 'fries' yang lebih rangup iaitu dengan menggunakan air garam dan sedikit cuka.
Petua ini dikatakan dapat membantu menghasilkan 'fries' yang rangup dan tidak cepat lembik.
Suhu minyak dan teknik menggoreng juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan tekstur yang rangup.

Jom Kuali kongsikan bahan dan cara penyediaannya!
MENARIK DIBACA: Panas-panas dari kuali , kuih peneram jadi tarikan pengunjung pasar malam
MENARIK DIBACA: Nasi lemak kampung beza rasanya, rahsianya 'peram' pakai surat khabar dan daun pisang baru padu
Bahan-bahan:
- Fries
- Air secukupnya
- Garam
- Sedikit cuka
Cara penyediaan
1. Campurkan air, garam dan sedikit cuka ke dalam bekas berisi kentang.
3. Rendam 'fries' selama kira-kira 10 minit.
4. Tos 'fries' dan lap sehingga betul-betul kering.
5. Goreng dalam minyak panas sehingga keemasan dan rangup.
Bolehlah cuba petua ini di rumah untuk menikmati 'fries' yang rangup dan menyelerakan untuk dijadikan kudapan.