Amal minum air cengkih dan bawang putih... Badan rasa ringan, lebih bertenaga
SESEORANG yang kerap mengalami masalah badan lesu dan kurang bertenaga sering dikaitkan dengan faktor usia.
Tidak hairanlah kini ramai individu mula timbul kesedaran untuk menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat sejak usia muda.
Selain mengambil makananan tambahan, ada yang masih mengamalkan petua minuman kesihatan dibuat sendiri menggunakan bahan masakan yang tersedia di dapur.

Sebagai contoh mengamalkan minum air rendaman bunga cengkih dan bawang putih yang dikatakan mampu membuatkan badan terasa lebih ringan dan bertenaga.
Malah, minuman ini turut dipercayai membantu mengawal paras kolesterol serta menyokong sistem imun badan.
Jom Kuali kongsikan bahan dan cara penyediaan minuman ini.
Bahan-bahan
- 5 hingga 11 biji bunga cengkih
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu besar madu
- 1/2 biji limau nipis
- Air panas
MENARIK DIBACA:Sakit tak baik-baik, doktor kongsi kebaikan kunyah bunga cengkih legakan batuk
MENARIK DIBACA:Kepala hampir botak akibat rambut gugur, 2 bahan ini kembalikan keyakinan anda
Langkah penyediaan
- Masukkan bunga cengkih dan hirisan bawang putih ke dalam cawan.
- Tuangkan air panas dan biarkan seketika sehingga suam.
- Masukkan 1 sudu besar madu bersama perahan jus limau nipis.
- Minum setiap hari pada waktu pagi ketika perut kosong.
Minuman ini dikatakan memiliki manfaat untuk kesihatan dalaman, malah boleh membuatkan badan seseorang terasa ringan.
Bukan itu sahaja, ia juga didakwa mampu meningkatkan sistem perlindungan tubuh selain membantu meredakan batuk.
Malah, minuman ini juga mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam badan, selain mengatasi masalah nafas berbau.