Berat turun 10kg, buncit susut lepas 4 bulan minum air bendi
BERMACAM kaedah boleh dilakukan dalam usaha meningkat kesihatan diri tanpa memerlukan perbelanjaan besar.
Seorang lelaki, Shiha Buddin berkongsi pengalamannya minum air bendi setiap pagi selama empat bulan yang didakwa memberi perubahan besar terhadap fizikal dan kesihatannya.
Menerusi perkongsian di Threads, antara perubahan paling ketara dialaminya ialah penurunan berat badan sebanyak 10kg selain masalah lemak perut semakin berkurangan.

"Ni apa yang aku amalkan dulu, aku amalkan empat bulan minum air bendi setiap pagi tanpa henti.
"Apa yang aku dapat, Alhamdulillah perut buncit hilang dan berat badan turun 10kg," katanya.
Bukan sekadar perubahan fizikal, dia turut mendakwa bacaan kolesterol dan gula dalam darahnya menunjukkan perkembangan positif.
MENARIK DIBACA: Cara celur bendi agar tak lembik, masa makan boleh dengar 'bunyi rangup'
MENARIK DIBACA: Influencer Bella Khan pun dah cuba, air rendaman bendi banyak betul khasiatnya
Malah dia juga dapat rasakan badannya lebih ringan, penghadaman lebih lancar dan tumpuan ketika melakukan aktiviti harian semakin baik.
"Jadi cerdas, kolesterol, kencing manis, darah tinggi terkawal tapi ubat sentiasa ambil. Badan rasa ringan dan berak sedikit lawas," ujarnya.
Dalam pada itu, dia memberitahu amalan tersebut juga tidak memerlukan belanja besar memandangkan bendi mudah didapati pada harga berpatutan.

"Benda elok kita kongsi. Aku sekali beli bendi untuk seminggu, lebihan simpan dalam peti ais. Kalau ada yang macam nak kecut dah, beli baru. Murah je RM2 dapat 14 biji," kongsinya lagi.
Sekadar info, bendi mengandungi serat dan pelbagai nutrien yang baik untuk kesihatan.
Kandungan serat larutnya juga berpotensi membantu mengawal paras kolesterol, manakala serat dalam makanan secara umum menyokong kesihatan sistem penghadaman.