Buat 'masker' guna madu, telur bantu remajakan kulit wajah
KULIT wajah mulai kendur dan berkedut sering dikaitkan dengan faktor usia atau kesan penuaan.
Bagaimanapun, punca kepada masalah ini tidak semestinya berkait dengan umur kerana faktor lain seperti gaya hidup, kesihatan, genetik atau rutin penjagaan wajah turut memainkan peranan.
Dalam zaman serba moden, tentunya terdapat banyak kaedah untuk mengembalikan semula keremajaan wajah antaranya melakukan rawatan kecantikan atau pembedahan kosmetik.

Tetapi kos untuk mendapatkan kaedah rawatan bukannya murah, malah ia perlu dilakukan secara berkala dan konsisten.
Jika anda sayangkan wang untuk berbelanja bagi tujuan kecantikan atau tidak mempunyai banyak bajet tetapi masih mahu kulit wajah cantik, terdapat petua tradisional yang boleh diamalkan.
Campurkan sahaja putih telur dan madu untuk dijadikan 'masker'!
'Rawatan' ini bukan sahaja selamat tanpa bahan kimia berbahaya, malah kaedah ini dikatakan telah diamalkan sejak zaman purba Mesir ribuan tahun lalu.
Cara ini dikongsikan pengguna Facebook dari Indonesia Asti Wedoon, yang sering berkongsi petua dan tip kecantikan menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa kos besar.
MENARIK DIBACA: "Saya tak ada duit tapi rajin dan nak cantik" - 'Effort' wanita ini buat jus retinol untuk kurus, lawa jadi perhatian
MENARIK DIBACA: Ratu cantik Shweta Sekhon takkan berlapar demi kekal 'slim', anggap diet ekstrem cuma seksa diri
Bahan-bahan
- 1 biji telur (ambil putihnya sahaja)
- 1 sudu kecil madu
Cara dan langkah penggunaan
- Masukkan putih telur dalam mangkuk atau bekas yang sesuai.
- Masukkan satu sudu kecil madu lalu kacau sehingga berbuih.
- Celup kapas muka dalam campuran tadi dan oleskan pada seluruh wajah seperti memakai 'masker'.
- Biarkan selama 10 minit atau sehingga 'masker' kering lalu cuci wajah menggunakan air suam.
- Amalkan dua kali seminggu dan hasilnya, kulit wajah anda bukan sahaja kembali tegang, malah kedutan juga semakin hilang.