info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kurang senang pelanggan bawa makanan luar, kemudian tinggal sampah - "Beradablah sikit"

Lead Image

SIKAP pelanggan yang suka meninggalkan sisa atau bekas makanan dan minuman di meja bukan sahaja menyusahkan pekerja, tetapi turut menimbulkan rasa kurang senang pengusaha kedai.

Seorang pengusaha kafe di Sepang, Selangor, meluahkan rasa kesal apabila pelanggan meninggalkan bekas makanan dan minuman yang dibawa dari luar, di premisnya.

“Kami tahu kami kafe kampung, tapi beradab sikit. Datang kedai bawa makanan luar, kemudian tinggal begitu saja. Nak suruh siapa kemas.

Seorang pengusaha kafe meluahkan rasa kesal dengan sikap pelanggan meninggalkan sisa minuman dibeli dari pengusaha lain.

“Kami tak ada nak marah awak bawa makanan minuman luar, janji awak santai melepak. Tapi beradablah sikit dik, ni nampak tak beradab,” luahnya di Threads.

Individu berkenaan turut memuat naik gambar bekas makanan dan minuman dipercayai dibeli daripada peniaga lain, tetapi ditinggalkan pelanggan di atas meja makan di kafe miliknya.

MENARIK DIBACA: Wanita terkejut jumpa 70 ekor anak ayam di dapur, rupanya telur balut menetas secara tak sengaja

MENARIK DIBACA: Wanita putus selera sampai trauma, beli ayam gepuk dapat pakej telur lalat!

Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata kurang senang dengan sikap pelanggan meninggalkan sampah selepas makan, apatah lagi jika dibawa dari luar.

"Orang macam ni cakap baik pun nanti kata peniaga berlagak pula. Sekarang zaman tak boleh bagi muka dah pada pelanggan macam ni.

Perkongsian netizen.

"Betul tu. Dalam industri F&B, kita kena tegas dan ada pendirian. Bukan soal berkira atau tak nak bertolak ansur, tapi soal menjaga standard operasi dan peraturan premis.

"Saya kalau pergi pasar malam, kemudian nak lepak mamak, sampah makanan dibeli tadi mesti bawa balik sebab rasa tak patut nak tinggal macam tu," antara komen netizen.

Sebenarnya, menjaga kebersihan selepas makan bukanlah perkara yang sukar.

Bekas makanan dan minuman boleh dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan atau diuruskan dengan baik supaya tidak mengotorkan meja.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Sistem penyejukan puluhan pasar raya digodam! Suhu meningkat, makanan terpaksa dibuang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pengasas Boat Noodle dan BananaBro meninggal dunia

Terhangat