KUALI | Moden
Ayam masak 'butter' pedas... Sekali cuba buat, pasti mahu lagi
KADANG-kadang tekak teringin nak menikmati sesuatu berbeza, maklumlah bosan juga jika setiap hari makan makanan sama.
Mungkin resipi ayam masak 'butter' pedas ini boleh dicuba memandangkan cara membuatnya pun mudah.
Bayangkan ayam goreng rangup ditambah haruman mentega, pasti mampu membangkitkan selera.
Jangan teragak-agak lagi, jom masak sekarang resipi istimewa ini!

Bahan-bahan
- 500g ayam (dipotong kecil)
- 3 sudu tepung jagung
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 3–5 tangkai cili merah
- 1 tangkai daun kari
- 3–4 sudu mentega (butter)
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos cili
- 3 sudu susu cair (pilihan)
- Garam
- Gula
MENARIK DIBACA: Masak sendiri ayam masak kicap kuah pekat, berkilat... Puas makan, tak payah beli di kedai
MENARIK DIBACA: Tambah bunga kantan, sambal ayam biasa-biasa bertukar sedap lain macam!
Langkah penyediaan
- Gaul ayam dengan tepung jagung dan sedikit garam kemudian perap selama 15 hingga 30 minit.
- Goreng ayam hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Cairkan mentega, kemudian tumis bawang putih, bawang besar, cili merah dan daun kari hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, sos cili, susu cair, gula dan garam secukupnya lalu gaul hingga rata.
- Masukkan ayam goreng dan gaul hingga semua bahagian ayam bersalut kuah.
- Masak sebentar hingga kuah sedikit pekat. Siap dihidangkan!
- Tip Kuali: Goreng ayam hingga rangup dan masukkan ke dalam kuah pada saat akhir supaya teksturnya tak terjejas.
