6 petua dapur berguna ini bantu selesai masalah sering berlaku ketika memasak
DALAM keadaan tertentu, pakar memasak pun berdepan masalah masakan tak menjadi seperti nasilembik atau lauk terlalu masin.
Jadi tidak hairanlah mengapa wujud banyak petua berkaitan dapur, yang mana masalah dihadapi boleh diatasi dengan kaedah tertentu.
Petua di dapur penting untuk menjimatkan masa, juga mampu mengelak daripada pembaziran makanan terutama jika masakan tidak menjadi.
Seorang pengguna Threadsberkongsi enam tip berguna di dapur yang boleh dijadikan panduan termasuk cara memasak nasi, mengatasi lauk terlebih masin dan mengurangkan risiko minyak meletup ketika menggoreng ikan sardin.
Berikut adalah petua yang dikongsikan:

1. Nasi cepat masak
Guna air panas dikatakan membantu memendekkan masa untuk air mendidih, teknik ini bergantung pada jenis periuk dan kaedah memasak digunakan.
2. Nasi jelatah, mentah
Jika nasi mentah atau tidak masak sekata, letak bekas kaca berisi air di atas nasi kemudian tekan butang cook sekali lagi.
Pastikan bekas digunakan tahan haba dan sesuai untuk kaedah memasak ini. Sekiranya nasi masih mentah, periksa juga air dan tambah sedikit air panas.
MENARIK DIBACA:Wanita terkejut jumpa 70 ekor anak ayam di dapur, rupanya telur balut menetas secara tak sengaja
MENARIK DIBACA:Wanita putus selera sampai trauma, beli ayam gepuk dapat pakej telur lalat!
3. Nasi lembik
Nasi lembik boleh membuatkan selera makan berkurangan. Letak sekeping roti di atas nasi lalu tekan butang cook untuk masak nasi seketika.
Roti membantu menyerap kelembapan pada permukaan nasi. Pastikan nasi tak dibiarkan terlalu lama dalam keadaan suam untuk mengelakkan risiko pembiakan bakteria.

4. Lauk terlebih masin
Masukkan kentang yang dipotong ke dalam masakan dan biarkan sehingga empuk.
Kentang sebenarnya tidak bertindak secara khusus untuk meneyerap garam, sebaliknya membantu mengurangkan kepekatan rasa masin dalam hidangan.
5. Sambal terlalu pedas
Tambah hirisan bawang besar ke dalam sambal dan biarkan masak kira-kira 30 minit.
Bawang besar memberikan rasa manis semula jadi pada sambal, sekali gus membantu kurangkan tahap kepedasan.

6. Gorengikan sardin
Ikan sardin yang digoreng kadangkala menyebabkan minyak terpercik, terutama jika masih basah atau mengandungi banyak cecair.
Masukkan tepung jagung ke dalam minyak sebelum menggoreng ikan sardin.
Kemudian, keringkan permukaan ikandengan tisu dapur dan masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas yang sudah diletakkan tepung jagung.
