info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Selain stevia, ini 5 pengganti gula putih sebagai pemanis makanan dan minuman

Lead Image

RAMAI mula beralih kepada stevia sebagai pengganti gula putih, terutama bagi mereka yang mahu mengawal pengambilan gula harian.

Stevia diekstrak daripada daun tumbuhan Stevia rebaudiana dan tidak mengandungi kalori. 

Bagaimanapun, selain stevia sebenarnya ada beberapa bahan semula jadi lain yang boleh digunakan untuk memberikan rasa manis dalam makanan dan minuman.

Kurma mengandungi serat, kalium, magnesium, vitamin B6 dan antioksidan.

1. Kurma

Kurma mempunyai rasa manis semula jadi dan boleh dijadikan pengganti gula bertapis.

Buah ini mengandungi serat, kalium, magnesium, vitamin B6 dan antioksidan.

Selain dimakan begitu sahaja, kurma boleh dikisar menjadi pes untuk dicampurkan ke dalam kek, biskut dan smoothie.

2. Puri buah

Puri buah seperti epal dan pisang boleh digunakan sebagai pemanis semula jadi dalam kek, mufin, roti dan biskut.

Selain memberikan rasa manis, buah-buahan turut membekalkan pelbagai nutrien.

Untuk membuatnya, kupas dan potong buah kepada kepingan kecil sebelum dikisar sehingga halus.

Tambahkan sedikit air jika perlu untuk mendapatkan tekstur yang sesuai.

MENARIK DIBACA: Susu pekat manis 'homemade' sedap, berlemak... Lebih enak dari beli di kedai

MENARIK DIBACA: Rimas dapur banyak bari-bari? Buat 'perangkap' guna gula, cuka dan sabun

3. Madu

Madu merupakan pemanis semula jadi yang sering digunakan dalam makanan dan minuman.

Ia mengandungi sejumlah kecil vitamin, mineral serta polifenol yang mempunyai sifat antioksidan dan antiradang.

Walaupun indeks glisemiknya sedikit lebih rendah berbanding gula pasir, madu masih tinggi kandungan gula dan kalori.

Sirap maple dihasilkan daripada getah pokok maple.

4. Sirap maple

Sirap maple dihasilkan daripada getah pokok maple yang dimasak sehingga pekat. Ia sering digunakan sebagai topping wafel dan penkek.

Pemanis ini mengandungi mineral seperti kalsium, kalium, zat besi dan mangan, malah indeks glisemiknya sedikit lebih rendah berbanding gula pasir.

5. Molases

Molases ialah cecair pekat berwarna coklat yang terhasil daripada proses penghasilan gula daripada tebu atau bit gula.

Berbanding gula bertapis, molases mengandungi beberapa mineral seperti zat besi, kalium dan kalsium.

Ia boleh digunakan sebagai pemanis alternatif, tetapi pengambilannya tetap perlu dikawal kerana masih mengandungi gula.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Bau kuat, tapi ramai suka! Ini 5 fakta menarik ulam buah kerdas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Minuman berasaskan kurma Cina bantu pulihkan badan lesu, petua awet muda

Terhangat