Sambal Nyet Bilis KA pecah dicampak, pelanggan minta rider kerja dengan ikhlas
TULAR di Threads hantaran seorang wanita yang kecewa selepas Sambal Nyet Bilis Khairul Aming (KA) yang dibeli didakwa dilempar oleh rider ketika membuat penghantaran ke rumahnya.
Menerusi video yang dikongsi, bungkusan sambal berkenaan dicampak oleh rider dari luar pagar ke arah rumahnya.
Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsi dapat dilihat bekas kaca sambal KA pecah dipercayai akibat tindakan rider terbabit.
"Kalau video ni lalu depan brother ni, (nasihat) bekerjalah dengan ikhlas. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan.
"Hancur hatiku sehancur botol sambal. Nasib baik KA senyum lagi dalam gambar last," tulisnya.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dengan tindakan rider berkenaan.
"Lepas tu hidup miskin, dia salahkan takdir.
"Setan betul. Tak payah kerja kalau tak ikhlas macam ni.
"Dia bukan campak tapi hentak. As in purposely nak benda kat dalam rosak. Stem from anger," komen beberapa netizen.
MENARIK DIBACA: Shell Cafe hargai bakat barista, ‘Jingle zest’ rekaan AI Syamil bawa tuah
MENARIK DIBACA: Sistem penyejukan puluhan pasar raya digodam! Suhu meningkat, makanan terpaksa dibuang
Warganet lain turut mempersoalkan kewajaran rider melempar bungkusan dari jauh sedangkan terdapat cara lain yang lebih sopan.
"Punyalah malas dia nak turun motor. Padahal boleh je cangkung, selit ikut pagar tu. Bukan main tinggi dan jauh lagi dia lempar," komen netizen lagi.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hampir sama ketika menerima parcel daripada penghantar barang.
"Aku pernah kena macam ni, dia campak parcel aku dari pagar sampai ke pagar pintu dalam. Rider hantar gambar tengok dekat lantai dan ada tanya mak, dia kata 'dengar bunyi barang macam jatuh je'.
"Terus aku WhatsApp sound mamat tu walaupun dalam tu baju, aku bayar post pakai duit. Kalau dalam tu ada barang kaca kemudian dibalut dengan baju kemudian pecah siapa nak ganti?
"Aku kata kat dia 'kalau kau dapat parcel alamat rumah aku kau jangan hantar... bagi orang lain hantar sebab aku tak nak kurier bodoh macam kau yang hantar, dasar pemalas'," tulis salah seorang netizen.
