info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Perlu teliti ketika membeli... Ini cara bezakan ciri ayam bangkai, disembelih ikut syarak

Lead Image

RAMAI kini mula berasa sangsi setiap kali hendak membeli ayam segar di pasar susulan isu tular mengenai aktiviti penyembelihan ayam tanpa mematuhi hukum syarak serta keperluan pensijilan halal.

Mana tidaknya, ayam yang dibeli dan dijadikan hidangan keluarga selama ini mungkin tidak disembelih mengikut syariat.

Sebagai umat Islam, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil mudah perkara ini.

Berikut merupakan panduan untuk membezakan ciri-ciri ayam yang disembelih secara halal dengan ayam yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Ketahui cara memilih ayam segar dan memastikan status halalnya.

Ayam halal yang disembelih

  1. Terdapat luka sembelihan yang jelas pada bahagian leher (putus saluran pernafasan dan makanan).
  2. Kulit kelihatan cerah dan putih kemerahan semula jadi.
  3. Tiada darah bertakung atau kesan lebam, selain darah keluar sepenuhnya semasa proses penyembelihan.

MENARIK DIBACA:  Kecoh jualan ayam tak halal, wanita kongsi pesanan rakan pegawai Jais

MENARIK DIBACA:  UiTM, PKPS gilap bakat keusahawanan mahasiswa menerusi Dapur Ehsan

Ayam tidak halal yang tiada sembelihan

  1. Tiada luka sembelihan yang betul pada leher atau bahagian leher kekal utuh.
  2. Kulit kelihatan gelap serta mempunyai lebam kebiruan atau keunguan.
  3. Banyak darah bertakung di bawah kulit terutamanya pada bahagian sayap atau paha kerana darah tidak mengalir keluar sepenuhnya.
    Hidangan berasaskan ayam sememangnya menjadi kegemaran ramai.

Beberapa panduan serta panduan tambahan buat orang ramai ketika memilih ayam mentah di pasar:

  1. Tekstur: Isi ayam segar terasa anjal (akan kembali ke bentuk asal apabila ditekan) dan bukannya lembik.
  2. Bau: Mempunyai bau khas ayam mentah yang biasa, bukannya berbau masam, busuk atau berbau kimia.
  3. Lendir: Elakkan membeli ayam yang terlalu berlendir atau rasa melekit pada permukaan kulitnya.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Dah berzaman 'lenjan' guna, periuk nenek tetap utuh! Rupanya sebab kod 18/10

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cara elak sardin dalam tin meletup ketika digoreng... Ikan lebih enak, dapur tak kotor

Terhangat