info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ramai bantah budaya sedia bekas cuci tangan, galakkan lelaki jadi pemalas

Lead Image

SEJAK kecil, kita mungkin sudah biasa melihat ibu menyediakan teko plastik berisi air untuk membasuh tangan setiap kali menghidangkan makanan dia atas meja makan.

Perkara itu dianggap normal dalam budaya masyarakat Melayu, apatah lagi ketika menerima tetamu bagi memudahkan mereka mencuci tangan tanpa perlu bangun ke dapur.

Kebiasaan tersebut kadangkala turut diamalkan dalam kehidupan seharian apabila isteri menyediakan segala keperluan untuk suami ketika waktu makan termasuklah bekas air cuci tangan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, dia berpendapat budaya menyediakan air basuh tangan di atas meja untuk golongan lelaki sudah tidak lagi relevan dan sepatutnya dihentikan.

Perkongsian di laman Threads.

Jelasnya, budaya itu bagai membenarkan kaum Adam bersikap malas dan hanya bergantung kepada wanita untuk menyediakan keperluan mereka.

"Berhenti teruskan budaya sediakan air basuh tangan ini di atas meja untuk golongan lelaki.

"Siang lauk, masak, cedok nasi, hidang nasi, kemas dapur, cuci pinggan dan kuali semua wanita buatkan.

"Takkan suami dan lelaki cuci tangan pun wanita perlu sediakan ke," tulisnya.

MENARIK DIBACA: Budaya isteri bancuh air manis untuk suami baru balik kerja dipersoal, rupanya simbol kasih sayang

MENARIK DIBACA: Buat masak lemak cili api letak kayu manis, bunga lawang... Wanita 'angin' resepi dikritik mentua

Lebih menghampakan jika segala keperluan sudah disediakan wanita tetapi usaha tersebut tidak dihargai dengan layanan yang setimpal.

Malah wujud amalan yang hanya membenarkan wanita menjamah makanan hanya selepas kaum lelaki selesai makan.

"Yang lebih teruk, lelaki makan di atas meja, perempuan makan kemudian sisa-sisa lauk yang ditinggalkan lelaki.

"Pemandangan ni paling saya benci bila balik ke kampung," ujarnya.

Komen netizen di laman Threads.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.

Tidak kurang juga yang tampil berkongsi pengalaman hampir sama yang pernah berlaku dalam keluarga mereka.

"Lagi best... lepas makan tinggal! Lepas itu pergi merokok, lepak kat ruang tamu. tengok TV, bantai tidur.

"Kalau dulu arwah nenek selalu pesan, kita makan selepas orang lelaki makan. Tapi apa yang saya buat, lepas masak terus saya makan senyap-senyap kat dapur.

"Mindset ibu bapa 90-an. Tapi gegadis zaman itu dah jadi wanita perkasa zaman sekarang. Jangan harap kami nak follow!" antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kulat buah khazanah alam Sarawak... Warna oren, rasa manis beza dengan cendawan lain

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Gara-gara FOMO cuba 'dancing shrimp', wanita cirit-birit hingga menggigil

Terhangat