• Prep Time 15 minutes
  • Cook Time 30 minutes
  • Serving For 6 people
  • Difficulty Easy
Favorite

Recipe Ingredient

  • 250 gram spageti
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 200 gram cendawan butang (dibersihkan dan dihiris nipis)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1/2 sudu empingan cili (chili flakes)
  • 1/2 sudu serbuk pasli
  • 2 sudu mentega
  • Sedikit garam
  • Sedikit parutan keju Parmesan
  • Salad (tambahan jika mahu)

Instructions

  1. Rebus spageti dalam air mendidih dengan tambahkan sedikit garam dan juga minyak zaitun.
  2. Rebus mengikut arahan paket sehingga spageti masak sempurna.
  3. Seterusnya, panaskan satu sudu minyak zaitun dalam kuali dan tumiskan cendawan.
  4. Tumis dengan api sederhana tinggi selama beberapa minit sehingga cendawan bertukar warna coklat keemasan dan ketepikan.
  5. Kemudian, masukan baki minyak zaitun, bawang putih dan serbuk cili. Tumis selama kira-kira satu minit, pastikan bawang putih tidak hangus dan masukan spageti, mentega, pasli dan garam.
  6. Kacau hingga sebati dan hidangkan ketika panas dengan tambahan salad sayuran dan parutan keju Parmesan.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.