• Prep Time 60 minutes
  • Cook Time 180 minutes
  • Serving For 12 people
  • Difficulty Normal
Favorite

Recipe Description

Welcome, Kuali Bakers! This time, we are showcasing all the most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake submissions here! To enter our giveaway, all you need to do is serve up your most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake using Anchor Cream Cheese, which is the key ingredient to a yummylicious silky burnt cheesecake. Read our full instructions here to win! This recipe is courtesy of Cheah Guat Im for the “Burnt Cheesecake, Let’s Make It Malaysian-lah!” Contest.

This recipe is best with
Anchor Cream Cheese

Recipe Ingredient

  • Bahan Pes Rempah:
  • 50gm Cili Kering (digunting memanjang, buangkan biji cili, dicuci dan direbus)
  • 3biji Cili merah besar, dipotong dan buangkan biji cili
  • 80gm Udang kering
  • 150gm Bawang merah, dikupas dan dihiris
  • 50gm Bawang putih, dikupas dan dihiris
  • 30gm Buah keras, direndam dalam air panas sekejap
  • 30gm Lengkuas, dihiris
  • 30gm Kunyit hidup, dihiris
  • 10 batang Serai. dihiris halus
  • 10gm Halia, dihiris
  • 3tbsp Serbuk kari daging
  • 1tbsp Serbuk kunyit
  • 15helai Daun limau purut, dihiris halus
  • 5tbsp Gula perang, ikut citarasa
  • 2tbsp Garam halus, ikut citarasa
  • 1tsp MSG (optional)
  • 50ml Minyak masak
  • 100ml Air
  • 60gm Anchor Salted Butter-untuk menumis
  • Bahan Makanan Laut:
  • 400gm Isi Udang-dicincang kasar
  • 300gm Isi Ikan- dicincang kasar separuh, dipotong separuh
  • Bahan perapan: sedikit gula, garam dan serbuk lada sulah
  • 250gm Santan pekat
  • Bahan Cheesecake: (pastikan bahan berada pada suhu bilik)
  • 500gm Anchor Cream Cheese
  • 5 biji Telur (250gm tanpa kulit)
  • 150ml Anchor Whipping Cream
  • 50ml Santan pekat
  • 50gm Tepung beras
  • 5 helai Daun limau purut, dihiris halus
  • 1/2 tsp Garam halus
  • Bahan untuk penyediaan loyang bulat 8inci:
  • 3pcs Daun pisang, atau kuantiti yang secukupnya
  • 1 tbsp Anchor Butter
  • 10 helai Daun Kaduk yang telah dibersihkan

Instructions

    Penyediaan Pes Rempah dan Makanan Laut:
  1. Masukkan semua bahan pes ke dalam blender, kecuali Anchor Butter. Blend sehingga halus.
  2. Cairkan Anchor Butter di dalam kuali dan tumis pes rempah dengan api kecil sehingga pekat dan kering, lebih kurang 1jam 30minit. Sesuaikan rasa manis dan masin pes rempah mengikut citarasa. Tips: Boleh lebihkan sedikit rasa manis dan masin sebab adunan masih perlu ditambah bahan-bahan yang lain.
  3. Masukkan santan pekat. Kacau sebati dengan pes rempah.
  4. Masukkan makanan laut. Masak dengan api kecil sehingga makanan laut menyerap semua santan dan pes rempah. Masak sehingga makanan laut 80% masak. Tutup api; dan sejukkan pada suhu ruang.
  5. Penyediaan Loyang:
  6. Sediakan loyang bulat berukuran 8 inci. Cuci daun pisang, dan masukkan ke dalam air panas sekejap untuk melembutkan daun pisang supaya mudah dibentuk. Alaskan loyang dengan daun pisang yang telah dibersihkan pada tepi dan dasar loyang. Alas sebanyak dua kali lapisan.
  7. Lengserkan dengan sedikit mentega.
  8. Susunkan daun kaduk di dasar loyang. Ketepikan.
  9. Penyediaan Cheesecake:
  10. Panaskan oven pada suhu 200C. Pastikan semua bahan cheesecake berada pada suhu ruang.
  11. Gunakan paddle attachment, putar Anchor Cream Cheese sehingga licin dan tidak berketul.
  12. Masukkan telur satu persatu. Putar sehingga sebati dengan Anchor Cream Cheese.
  13. Tambahkan pula dengan Anchor Whipping Cream dan santan pekat. Gaul sebati menggunakan spatula.
  14. Masukkan bahan pes rempah dan makanan laut yang telah dimasak tadi ke dalam adunan cheesecake. Kaup balik dan sebatikan adunan menggunakan spatula sahaja.
  15. Akhir sekali, masukkan tepung beras dan garam halus. Kaup balik sehingga adunan sebati. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang yang telah disediakan tadi.
  16. Cara Membakar Cheesecake:
  17. Bakar cheesecake di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 60minit. Boleh naikkan suhu ke 220C pd 10minit terakhir untuk perangkan/caramelised bahagian permukaan cheesecake. Tutup suis dan biarkan cheesecake di dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 2jam. Keluarkan cheesecake dan hidangkan semasa masih suam/panas
  18. Nota: Otak Otak Cheesecake boleh dipanaskan semula di dalam oven ataupun di dalam microwave. Suhu oven adalah sebagai panduan sahaja dan sila pastikan kesesuaian suhu oven masing-masing. Terima kasih:)

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.