• Prep Time 30 minutes
  • Cook Time 90 minutes
  • Serving For 4 people
  • Difficulty Normal
Favorite

Recipe Description

NASI KERABU TUMIS BUDU adalah hidangan kegemaran keluarga besar saya. kami berasal dari kelantan dan nasi kerabu tumis budu adalah hidangan yang sentiasa dekat di hati saya walaupun saya berada jauh dari negeri kelahiran saya. setiap kali saya rindu akan kampung rindu akan masakan ibu saya pasti saya akan masak hidangan ini untuk keluarga saya suami dan anak-anak saya sangat meyukaainya psti makan akan bertambah.Terasa bahagia apabila melihat suami dan anak-anak makan bertambah dan meyukai masakan saya mungkin begitu juga rasa ibu saya apabila melihat suami dan anak-anaknya menyukai masakkannya.resepi nasi kerabu ini adalah dari ibu saya.

Recipe Ingredient

  • BAHAN NASI : - beras 1 1/2 pot. 1 sudu kecil pewarna kuning.
  • BAHAN KUAH TUMIS : Santan 7 ulas bawang merah 1/2 labu bawang putih 3 biji bawang besar 15 cili kering 1 cm halia 1 batang serai - ketuk 1 keping asam keping 2 sudu besar gula Sedikit gula melaka 2 sudu besar budu Garam (kena rasa masin dulu).
  • BAHAN SAMBAL KELAPA : 1 ekor ikan kembung - rebus & ambik isi 1/2 biji kelapa parut - goreng 4 bawang merah 2 batang serai Garam Gula.
  • ULAM-ULAMAN(dihiris halus) : Ulam ulaman Kacang panjang Kubis Timun Daun kesum Bunga kantan Bawang besar Kacang botol Taugeh.
  • BAHAN SAMBAL LADA : Sambal Cili Cili padi Cuka Garam Gula
  • BAHAN DAGING BAKAR : Bawang putih/serai ( kisar) , Kicap pekat/sos tiram/lada hitam/Daging .
  • BAHAN AYAM BAKAR : Bawang merah/putih/halia/lengkuas/serai , Serbuk lada/cili kisar/serbuk kunyit/jintan manis/kiub ayam/serbuk kari daging.

Instructions

  1. PENYEDIAAN NASI : Masak beras seperti biasa. Masukkan pewarna kuning dan kacau kacau bagi rata warnanya.
  2. CARA PENYEDIAAN KUAH SAMBAL TUMIS: Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.
  3. CARA PENYEDIAAN SAMBAL KELAPA : Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.
  4. PENYEDIAAN DAGING BAKAR: satukan semua bahan dan perap selama 1-2jam baru bakar.
  5. AYAM BAKAR : Bahan diatas ni kisar dan perap ayam dlm 30mnit ..kukus, perap dan bakar

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published.